Seleweng duit zakat RM 45k masuk poket sendiri, amil dipenjara 8 bulan

Oleh JUNAIDA MAHUSIN

Muhammad Hafiz Mohd Yusof, 28, mengaku bersalah atas tiga pertuduhan pecah amanah sebagai pekerja, dengan tiga pertuduhan lain turut diambil kira.

Seorang amil sebuah masjid di Singapura dijatuhi hukuman penjara selama lapan bulan selepas didapati bersalah mencuri

wang zakat yang disumbangkan oleh orang ramai, lapor saluran berita Channel NewsAsia semalam.

Menurut perbicaraan di mahkamah, tertuduh bekerja sebagai pegawai zakat di masjid Al-Istiqamah yang terletak di 2 Serangoon North Avenue 2.

Dia ditugaskan untuk memungut bayaran zakat daripada orang ramai di masjid tersebut dengan mengeluarkan resit janaan komputer kepada pembayar sebelum menyimpan wang tunai itu di dalam peti keselamatan.

Seleweng duit zakat RM 45k masuk poket sendiri, amil dipenjara 8 bulan

Pada April 2022, seorang individu datang ke masjid berkenaan untuk membuat pembayaran zakat dengan menyerahkan wang tunai sebanyak SG$5,100 (RM17,165) kepada tertuduh.

Tertuduh mengeluarkan resit dengan nilai SG$5,100 kepada individu tersebut, namun kemudiannya membatalkan resit itu dan mendaftarkan bayaran sebagai SG$100 (RM336.50).

Dia mengulangi perbuatan yang sama beberapa kali, mengaut sejumlah SG$13,514 (RM45,472) daripada dana zakat untuk kegunaan peribadinya.

Hakim Daerah, Kok Shu-En, ketika menjatuhkan hukuman berkata: “Apabila anda mengatakan anda melakukan ini kerana menghadapi masalah kewangan dan mahu saya mempertimbangkan bahawa ini adalah kesalahan pertama anda, anda juga mesti sedar bahawa kesalahan ini adalah serius.”

BACA: Pemuda kongsi cerita ‘Badan dalam mulut buaya saya cucuk matanya selepas dengar bisikan’