Selepas van jenazah, lagi pemuda bongkar cara ‘gelap’ Uncle Kentang urus wang sumbangan, siap tunjuk bukti. Aktivis terkemuka Uncle Kentang atau Kuan Chee Heng sejak akhir-akhir ini menjadi perbualan hangat di kalangan warganet setelah beberapa hantaran di Facebook mengenainya tular.
Hantaran yang dimuat naik oleh netizen tersebut antara lain mempertikaikan kerja-kerja kebajikan yang dilakukan oleh Uncle Kentang selama ini yang dikatakan lebih cenderung untuk mengutip keuntungan semata-mata.
Terdapat juga pertikaian mengenai cara Uncle Kentang menguruskan dana sumbangan dari orang ramai yang dilihat agak kurang telus serta menimbulkan keraguan.
Salah satu darinya ialah kisah yang dikongsikan oleh Mr Wan Cai Official di Facebooknya ini yang mempersoalkan tentang integriti Uncle Kentang dari segi pengurusan kutipan wang sumbangan dari orang ramai.
Saja saya nak kongsi pasal satu kisah.Mungkin ramai yang tak tahu.
Kematian berlaku pada 5 Jun 2019.
Satu kutipan sumbangan dibuka bagi membantu pengurusan satu jenazah.Asbab kematian disebabkan kemalangan jalan raya.Bukan bab pengurusan jenazah yang saya nak cerita.
Tetapi bab kutipan sumbangan.
Seperti yang saya katakan perkara ini berlaku pada 5 Jun 2019.
Bermakna sudah hampir 3 tahun kan?
Anda boleh lihat tarikh pada resit bank dalam gambar yang saya share.Resit tersebut saya ambil dari ruangan komen dalam posting yang dimuat naik meminta sumbangan.
Tertera tarikh yang sama kan?Posting sumbangan pengurusan jenazah tu telah saya ss dan simpan sehingga kini.Jadi saya nak bongkar apa yang berlaku.
Baca baik-baik sampai anda faham okey.
Untuk pengurusan mandi dan kafan 1 jenazah lelaki dewasa berharga tidak sampai RM100.
Kos penghantaran dari Klang ke Sungkai pula tidak habis RM300 untuk kos tol dan minyak.Duit sumbangan masih berbaki RM900.
Jadi ke mana agaknya lebihan duit tersebut pergi?
Rasanya anda boleh faham sendiri kot😁Kutipan waktu itu bukan dapat RM1300 ye.
Saya pantau dan kira jumlah melalui resit yang dipostkan di ruangan komen.Yang post resit di ruangan komen waktu itu pun dah lebih dari RM1300.
Yang sumbang terus masuk akaun tapi tak beri resit?Cuba lihat resit dalam gambar kedua.Seorang penyumbang tu transfer ja dah RM1200.Entah berapa kutipan sebenar yang dapat agak-agak?
Banyak beb.
Kita tak tahu nilai duit yang orang sumbang time tu.
Sebab dia sendiri pun tak pernah declare berapa jumlah duit yang masuk ke akaun peribadinya.Saya kira dari resit yang orang post di ruangan komen pun dah hampir RM4000.
Campur dengan duit yang orang sumbang tapi tak bagi resit?
Pakcik kayoo la citanya🤣
Posting gambar pertama tu dimuatnaik pada 5 Jun 2019 kan?
Ramai yang tak tahu ada posting yang akan didelete untuk menghapuskan bukti.Posting-posting yang resit bersepah di ruangan komen mesti dia delete.
Kalau tak delete nanti orang perasan kutipan dapat kaw-kaw😝So nak tak nak kena la padam status tu.Kalau tidak nanti ada yang perasan dan pertikaikan.
Faham-faham je la kan.
Open kutipan RM1300 tapi duit yang masuk ribu-ribu.Lepas tu berapa duit yang orang masuk ke akaun dia tak ada pula nak diumum pada orang ramai.Dia buat diam ja.Macam duit tu Ahmad Albab yang punya.
Siot betul hahaha.
Cubalah cari balik posting tu kalau anda tak percaya.Dah puas kaut duit orang lepas dua tiga hari padam posting😝Isu pasal padam posting kutipan untuk jenazah ni saya da pernah tembak pada tahun 2019.
Time tu memang saya betul-betul geram.
Dua posting pasal kutipan minta dana nak urus jenazah orang Islam dia padam.Satu lagi kutipan untuk bawa balik jenazah dari JB ke Jalan Kuching KL.
Buka dana sampai RM2000 masa tu.Entah apa yang mahal sangat pun saya tak tahu.
Orang Melayu kita masa tu duk bertalu-talu masukkan duit ke akaun peribadi dia.Bila resit dah bertimbun orang share kat ruangan komen status tu pun dia padam diam-diam.
Kesian penyumbang kena scam.
Cubalah cari posting yang saya katakan tu.Itupun kalau jumpa la😜
Setiap status yang kita muat naik di Facebook ni tak akan pernah hilang.Waima lepas 10 tahun sekalipun posting tu tetap ada.
Tiap-tiap tahun FB akan share balik posting kita tu.Kalau hilang tu mesti ada tangan-tangan gatal yang sengaja tekan button delete😝
Sumber: https://www.facebook.com/my.life.is.my.rules.kehidupan.dan.kematian/posts/1335099963914709
BACA:
Presiden Sri Lanka yang larikan diri kini berada di Singapura
Baru 3 bulan kahwin, wanita kecewa suami suka tengok tiktok perempuan seksi