Selepas suami, isteri pula iringi suami meninggal dunia di Makkah, “tak sampai 24 jam”

Oleh MHDAILY

Selepas suami, isteri pula iringi suami meninggal dunia di Makkah, “tak sampai 24 jam”. Suami meninggl dunia di Mekah 24 jam sebelum berangkat pulang ke tanah air. sehari sebelum si isteri. Jnzah suami beliau diuruskan oleh petugas Az Zuha Travel and Tours hingga selesai ditanam, manakala beliau pulang sedikit lewat daripada jadual asal berbanding jemaah lain.

Ketika mahu berangkat pulang semasa pemeriksaan di lapangan terbang, didapati suhu badannya terlalu tinggi. Maka pada ketika itu, beliau tidak dibenarkan pulang dan dimasukkan ke wad dihospital Jeddah. Berkemungkinan ditahan 2 hingga 3 hari. Beberapa jam selepas ditahan wad, giliran si isteri dijemput “bertemu” Allah mengiringi pemergian suaminya sehari sebelum itu.

“Makluman kepada semua, Isteri kepada Kepada jemaah yang dimaklumkan meninggl baru-baru ini, telah meninggl dunia di Jeddah”, tertera mesej ini didalam group whatsapp Pembimbing Umrah Az Zuha.

“إنا لله وإنا إليه راجعون”

Mereka pergi dalam keadaan anak-anak dan ahli keluarga menanti kepulangan mereka ke Malaysia. Paling bongsu belajar di darjah dua. Kisah ini seperti sebuah drama. Tetapi ianya adalah kisah benar.

Selepas suami, isteri pula iringi suami meninggal dunia di Makkah, "tak sampai 24 jam"

Dari raut wajah, kelihatan masih muda kedua-duanya yang berasal dari Negeri Melaka, Bandar Raya bersejarah ini.Itulah hakikat kematian, tidak mengira umur.

Bagi sesetengah orang, kematian itu adalah suatu yang menakutkan. Takut azab sakratul ma ut, takutkan azab siksaan kubur serta takut dan sedih meningglkan harta dan anak-anak.

Manakala bagi sesetengah orang, kemtian itu adalah kemuncak kepada kebahagiaan. Kerana hanya melalui jalan mti sahaja mereka boleh bertemu dengan Baginda Nabi SAW dan bertemu Allah SWT dialam akhirat.

Orang yang tidak takut mati disebabkan mereka tahu ke mana halatuju mereka selepas kemtian. Visi dan misi mereka jelas.

Saidina Bilal Bin Rabah seperti dinukilkan di dalam buku Tasawuf Moden Buya Hamka, disaat kemtiannya beliau berkata, “Alangkah gembiranya”.

Lalu isterinya bertanya, “Wahai suamiku, mengapa disaat sakratul ma ut engkau berkata gembira. Padahal dari tadi saya berkata ‘Aduh dukacitanya hatiku!’”.

Bilal menjawab, “Tidakkah gembira hatiku, bila aku ingat bahawa aku akan meningglkan dunia yang fana, kembali ke alam baka untuk menemui Rasulullah SAW yang ku cintai”.

Saidina Bilal gembira akan kemtian kerana beliau tahu akan hal yang akan ditemuinya selepas kemtian.

Semoga Allah mengampuni kedua-dua pasangan ini. Semoga dosa mereka diampuni oleh Allah dan diganjarkan dengan ganjaran sebaiknya.

Semoga Allah kurniakan kesabaran kepada anak-anak dan ahli keluarga mereka.

“Ya Allah kurniakanlah kemtian yang baik kepada kami”.

Faisal Mustaffa

Penyebar Inspirasi Hidup

Apakah keistimewaan meninggal dunia di Tanah Suci Makkah?

J : Tidak dinafikan Tanah Suci Makkah mempunyai kelebihan berbanding tempat lain. Ini kerana terdapat banyak kenangan sejarah Rasulullah SAW dan kebangkitan Islam di Madinah dan kota Makkah.

Selain itu, Tanah Suci juga mempunyai kelebihan bagi mereka yang meninggal di sana. Ia berikutan terdapat riwayat menunjukkan Nabi SAW memuji mereka yang meninggal di Tanah Suci.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Sekiranya terdapat dalam kalangan kamu yang terpilih meninggal dunia di Madinah (Tanah Suci), maka bergembiralah. Sesungguhnya sesiapa yang terpilih (oleh Allah) untuk mati di Madinah, Aku akan menjadi saksi dan syafaat untuknya pada hari kiamat kelak.” (Riwayat al-Tabrani: Hasan Sahih).

Hadis ini secara jelas menunjukkan memang terdapat kelebihan kepada mereka yang meninggal dunia di Tanah Suci seperti Madinah dan Makkah. Namun, galakan seperti ini jangan disalah tafsir sehingga ada pula nanti yang sanggup membunuh diri hanya semata-mata ingin mati di sana.

Menurut al-Tabrani, mati yang dimaksudkan oleh Nabi SAW itu adalah mati yang tidak dirancang atau disengajakan, tetapi ia lebih kepada mati disebabkan sakit, musibah kemalangan dan seumpamanya.

Mungkin akan ada yang bertanya, bolehkah kita sentiasa berdoa agar pengakhiran hidup kita di satu daripada dua Tanah Suci ini? Jawapannya, boleh. Umat Islam dibenarkan untuk sentiasa berdoa agar mati di Tanah Suci, sama ada ketika mengerjakan umrah atau ibadat haji.

Pernah suatu ketika, Umar bin al-Khattab berdoa yang bermaksud: “Ya Allah, kurniakanlah kepadaku syahid ketika di jalan-Mu dan biarlah kematianku itu di Negeri Rasul Mu SAW.” (Riwayat al-Bukhari)

Daripada doa Umar ini, Imam Nawawi berpendapat, memohon doa supaya dimatikan di tempat mulia adalah digalakkan dan ia termasuk dalam sunah Khulafa al-Rasyidin.

Sumber: FB Faisal Mustaffa

BACA:

Selepas van jenazah, lagi pemuda bongkar cara ‘gelap’ Uncle Kentang urus wang sumbangan, siap tunjuk bukti

Presiden Sri Lanka yang larikan diri kini berada di Singapura

Tak pernah mengeluh tak ada job, Amir Raja Lawak dipuji netizen – “selalu sedekah air jagung hari jumaat”

Leave a Comment