Selepas serang Israel, Presiden Iran pula hilang

Oleh AHMAD BAIHAQI LUTFI

Operasi penyelamatan yang besar sedang dilaksanakan selepas sebuah helikopter yang membawa Presiden Iran,

Ebrahim Raisi, terpaksa melakukan “pendaratan kecemasan” di kawasan pergunungan di barat laut Iran.

Menurut Agensi Berita Republik Islam (IRNA), insiden itu berlaku pada Ahad di Hutan Dizmar antara Bandar Varzaqan dan Jolfa di Wilayah Azerbaijan Timur

ketika Raisi dalam perjalanan pulang dari satu majlis perasmian empangan bersama Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev.

Penduduk tempatan dilaporkan mendengar “bunyi” di wilayah itu tidak lama selepas itu, menurut koresponden IRNA.

Selepas serang Israel, Presiden Iran pula hilang

“Lebih daripada 20 pasukan penyelamat, termasuk dron dan anjing pengesan, telah dihantar ke kawasan kejadian. Angkatan Tentera Iran juga telah mengerahkan unit komando dan Pasukan Khas untuk membantu dalam operasi pencarian,” lapor agensi itu di X (dahulunya Twitter).

Operasi penyelamatan dijangka mencabar dan mungkin mengambil masa disebabkan oleh keadaan lereng dan muka bumi yang berceranggah serta keadaan cuaca yang buruk, terutamanya kabus tebal di kawasan itu, katanya.

Jurucakap Perkhidmatan Kecemasan Iran, Babak Yektaparast, memberitahu IRNA bahawa lapan ambulans dengan pasukan perubatan kecemasan terdiri daripada juruteknik dan doktor telah dihantar ke kawasan itu.

Beliau berkata sebuah helikopter kecemasan yang dihantar untuk membantu terpaksa berpatah balik kerana kabus tebal yang menghalangnya daripada mendarat di kawasan berkenaan.

Terdahulu, IRNA melaporkan bahawa Menteri Dalam Negeri, Ahmad Vahidi, memberitahu televisyen negara Iran bahawa disebabkan oleh keadaan cuaca yang sukar, pasukan penyelamat mungkin memerlukan masa untuk sampai ke lokasi nahas.

Beliau menzahirkan harapan agar pasukan itu akan segera sampai ke lokasi dan dapat memberikan maklumat lanjut mengenai kejadian.

BACA: Belanja lebih RM300 tapi lepaskan, ini hukum pelihara burung dalam sangkar kecil