Selepas menu Rahmah, kerajaan umum pakej perpaduan internet tanpa had RM69 sahaja sebulan – “penat menahan diri..”. Seperti yang dijanjikan sebelum ini
Kementerian Komunikasi dan Digital kini mengumumkan Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap secara rasmi dengan menyasarkan untuk golongan B40, veteran, Orang Kurang Upaya (OKU) serta warga emas pada harga lebih rendah.
Menerusi pakej yang bakal ditawarkan penyedia perkhidmatan mulai Mac 2023 kelak, pengguna akan ditawarkan dengan pelan berkelajuan 30Mbps pada harga hanya RM69 sebulan.
Setiap pakej turut hadir dengan kontrak langganan selama 24 bulan. Pakej ini ditawarkan oleh TM, CelcomDigi, Maxis, U Mobile, TIME, YTL dan Astro.
Pelan ini akan memberi penjimatan 22% dari harga asal atau penjimatan RM480 dalam tempoh 2 tahun.
Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap – Hanya RM69 sebulan
Pelan ini akan memberi penjimatan 22% dari harga asal atau penjimatan RM480 dalam tempoh 2 tahun. pic.twitter.com/gRIepkB6Nu
— Fahmi Fadzil 🇲🇾 (@fahmi_fadzil) February 2, 2023
Inisiatif ini dibuat atas dasar mahu menawarkan meringankan beban rakyat disamping memastikan kesalinghubungan digital yang lebih menyeluruh pada harga lebih rendah.
Sama-sama kita nantikan penawaran pelan perpaduan ini yang bakal tiba pada bulan Mac kelak.
BACA:
Cermin kereta kena pecah, tindakan pantas pemuda ini berjaya tangkap penyamun di SS14