Selepas memandu jarak jauh, ini 3 perkara penting anda kena buat

Oleh ANITA ABD RAHMAN

Pemeriksaan kenderaan sebelum memulakan perjalanan jauh adalah langkah penting untuk memastikan keselamatan, keselesaan, dan kelancaran perjalanan.

Antara aspek utama yang perlu diberi perhatian termasuk tayar, minyak enjin, brek, lampu, dan pendingin hawa.

Langkah ini bukan sahaja dapat menjamin perjalanan yang selamat tetapi juga membantu mengelakkan perbelanjaan tidak dijangka akibat kerosakan.

Namun, ramai yang tidak menyedari bahawa pemeriksaan kenderaan selepas perjalanan jauh juga sama penting.

Berikut adalah tiga perkara utama yang perlu diperiksa selepas memandu jarak jauh, seperti dikongsikan oleh pengguna TikTok, James Alatin:

Selepas memandu jarak jauh, ini 3 perkara penting anda kena buat

1. Air Coolant dan Minyak Enjin

Selepas perjalanan jauh, periksa paras air coolant dan minyak enjin. J

ika mendapati parasnya berkurangan, segera bawa kenderaan ke pusat servis untuk pemeriksaan lanjut kerana ia mungkin menandakan kebocoran.

2. Alignment dan Balancing Tayar

Sepanjang perjalanan, anda mungkin secara tidak sedar terlanggar lubang atau objek di jalan raya. I

ni boleh menyebabkan alignment dan balancing tayar terganggu, yang boleh menjejaskan kestabilan dan keselamatan pemanduan.

3. Cuci Kenderaan

Selain menjaga kebersihan, mencuci kereta selepas perjalanan jauh juga penting untuk mengesan calar atau kerosakan pada badan kenderaan yang mungkin tidak disedari.

Mengabaikan langkah-langkah ini boleh menyebabkan kerosakan yang lebih besar dan mahal untuk dibaiki.

Oleh itu, pastikan pemeriksaan kenderaan dilakukan dengan teliti sebelum dan selepas perjalanan jauh.

Semoga bermanfaat!

BACA: Tak sempat seludup tembakau ke penjara penjenayah paling dikehendaki maut ditembak