Selepas gelek di majlis Aqiqah, Ifa Raziah buat ‘live’ tahjud tengah malam. Nama selebriti versatil, Ifa Raziah berterusan menjadi panas apabila dia dikecam sekali lagi kerana membuat Instagram(IG) Live sewaktu mengerjakan solat pada Sabtu
Kata Ifa Raziah dia sengaja mahu menunjuk kepada netizen bahawa dia menunaikan rukun Islam kedua itu dan menafikan bahawa telah mencabar Allah seperti yang didakwa sebelum ini.
“Saya memang nak tunjuk yang saya solat dan saya jaga huhungan dengan Allah. Malah sebelum masuk waktu saya dah bersedia untuk solat.
“Saya nak membuktikan yang saya ingat Allah dan tak pernah cabar Allah walaupun saya hina di mata manusia tapi insya-Allah tidak pada Allah.
“Sebab orang (netizen) asyik cakap saya jahil dan ahli neraka kerana katanya saya ni cabar Allah. Kalau saya cabar Allah tak kan la saya sembahyang?
“Sebenarnya ibadah ni tak perlu tunjuk tapi saya geram dengan netizen yang mengata dan menuduh saya bermacam-macam,” katanya kepada Astro Gempak.
Ifa ditemui selepas sidang media yang memperkenalkannya sebagai salah seorang wajah produk terbaharu Jovian iaitu Wonder Suit di Tropicana Golf & Country Resort, Petaling Jaya pada Rabu.
Terdahulu, aksi tarian gelek Ifa ketika membuat persembahan di sebuah majlis akikah dan ulang tahun perkahwinan dikecam netizen dan mendapat teguran daripada pendakwah bebas kerana didakwa tak sesuai dan melampaui batas.
Pelantun lagu Ser Ser Ser itu mendapat kecaman hebat sebelum dia tampil membuat IG Live ketika sedang solat beberapa hari lalu.
Tambah Ifa, netizen tidak boleh mengadilinya dari penampilannya sahaja sebaliknya perlu mengenali dirinya dahulu.
Dia beritahu tak pernah lupa menunaikan solat malah turut mengerjakan sembahyang sunat tahajud hampir setiap malam.
“Orang tak duduk serumah dengan saya tak tahu saya solat atau tidak. Jangan ingat saya tak bertudung, saya tak lalukan perkara wajib seperti menjaga hubungan dengan Allah.
“Malah saya bersyukur kerana tanpa mengunci jam saya bangun dikejutkan dengan kasih sayang oleh Allah untuk solat tahajud hampir setiap malam.
“Memang menjadi rutin saya bagun 4.30 pagi untuk tahajud dan seterusanya menunaikan Subuh dan mengaji serta berzikir. Saya akan kembali tidur pada jam 8 pagi hingga ke 12 tengahari.
“Kalau orang nak tahu rumah saya akan dimainkan ayat al-quran dari Subuh hingga ke Zuhor,” dedahnya.
Tambah Ifa lagi dia juga sentiasa dalam proses memperbaiki diri.
“Hanya Allah saja tahu yang saya kini sudah banyak berubah dan saya pun selalu hendak perbaiki diri. Cuma saya belum berhijab sahaja,” ujarnya.
BACA:
Artis islam Malaysia dikecam pakai seluar terselak nampak punggung, “berdarah hidung tengok”
Kantoi buat bisnes sushi untuk cuci duit, wanita kena dakwa
Bakal pengantin berputih mata tengok tunang larikan RM27,000