Seorang wanita Palestin yang dikenali sebagai Aminah Muhammad telah memohon maaf
kerana mengganggu ketenteraman di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL) baru-baru ini.
Menurut Aminah, tindakannya itu berlaku di luar kawalannya disebabkan oleh tekanan
Kerana memikirkan anaknya di Gaza, yang sudah seminggu tidak dapat dihubungi.
“Saya minta maaf dan sangat menyesal dengan apa yang saya lakukan.
Saya bersumpah kepada Tuhan, saya tidak lakukan ini dengan sengaja.
Kami sedang melalui situasi dan keadaan yang sangat sukar yang hanya Allah SWT sahaja tahu,” katanya.
“Saya serius, kamu (rakyat Malaysia) adalah orang yang baik, murah hati dan menghormati orang lain.
Saya berterima kasih kerana menerima dan melayan kami dengan baik.
Saya bersumpah dengan nama Allah SWT, kami mendapat apa yang terbaik. Apa yang saya katakan ini adalah ikhlas dari hati saya.”
Untuk pengetahuan semua, wanita tersebut adalah antara 127 rakyat Palestin yang dibawa ke Malaysia untuk mendapatkan rawatan.
Diharapkan rakyat Malaysia dapat memaafkan saudara Islam kita ini. Manusia tidak lari dari melakukan kesilapan.
BACA: Kerana kilang Perwaja Steel punca hubungan Anwar dan Tun M retak, ini kisahnya