Seorang wanita di Surabaya, Indonesia membongkarkan kisahnya ditipu ‘suami’, yang ternyata rupa-rupanya seorang perempuan, lapor laman berita Detik semalam.
Menurut Ida Susanti, dia mengahwini Nardinata Marshioni Suhaimi pada Jun 2000 dan ketika itu
Dia sama sekali tidak mengetahui bahawa ‘suaminya’ sebenarnya seorang wanita.
Tambah Ida, dia berkenalan dengan Nardinata pada Jun 2000 sebelum bersedia mengahwini wanita itu sebulan kemudian.
Namun, penipuan Nardinata terbongkar ketika mereka berbulan madu di luar negara apabila dia mengaku dirinya seorang wanita.
Nardinata juga memberitahu bahawa dia hanya mahukan pasangan yang boleh menemaninya pergi ke merata-rata tempat.
Menurut Ida, dia tidak dapat melaporkan perkara itu pada awalnya kerana menerima ancaman bunuh daripada Nardinata.
Dia akhirnya nekad melaporkan perkara itu kepada polis Jawa Timur pada 2002, namun aduan tersebut tidak mendapat maklum balas pihak berkuasa walaupun dia kembali membuat laporan polis pada 2013.
Menurut Ida, apa yang membuatkan dia tampil membongkar kisah itu ketika ini adalah kes tersebut tidak mendapat perhatian pihak polis meskipun telah berkali-kali dia membuat aduan.
Katanya, Nardinata merupakan adik ahli perniagaan terkemuka Indonesia, Jusuf Hamka, yang menyebabkan dia diugut wanita itu selama ini.
“Suami sudah beritahu bahawa saya tidak akan mampu mendakwanya kerana dia ialah adik Jusuf Hamka.
“Dia mengaku dia ialah adik bongsu Jusuf. Namun, sepanjang ‘perkahwinan’, saya tidak pernah bertemu Jusuf,” katanya.
Setakat ini, tiada sebarang respons diterima daripada pihak berkuasa mengenai perkara tersebut
BACA: Misteri satu keluarga hilang di Pulau Perhentian, dah check out, kereta di jeti pun tiada