“Selama ni mak aku bulat-bulat percaya kat bibik, mak aku punya baik emas pun dia bagi, tapi disebalik topeng dia sihir mak aku”

Oleh FAHMI ABBAS

Amalan sihir atau ilmu hitam masih menjadi pilihan bagi segelintir individu walaupun mereka menyedari bahawa perbuatan itu bertentangan dengan kehendak Allah SWT.

Seorang individu telah berkongsi pengalaman apabila ibunya menjadi mangsa sihir akibat tindakan pembantu rumah mereka.

Pengalaman tersebut dikongsi melalui laman web Detik Seram di platform X,

"Selama ni mak aku bulat-bulat percaya kat bibik, mak aku punya baik emas pun dia bagi, tapi disebalik topeng dia sihir mak aku"

Dimana individu tersebut menceritakan bahawa ibunya telah menderita selama 10 tahun akibat perbuatan jahat pembantu rumah tersebut.

“Ibu saya terkena sihir yang dibuat oleh pembantu rumah dari luar negeri, seorang Jawa. Selama menjadi pembantu rumah, ibu saya sangat percaya padanya. Ibu saya sangat baik hati, sehingga membelikan barang-barang emas yang diminta oleh pembantu rumah tersebut,” katanya.

Namun, di sebalik sikap baik yang ditunjukkan, ternyata mangsa telah dikhianati oleh pembantu rumah sendiri.

Mangsa mengalami pelbagai kesakitan sehingga diibaratkan seperti mayat hidup. Setiap malam, ibunya akan melihat bayangan seperti kali terakhir dan sering mendapat bayangan tentang dikafankan dan dikebumikan.

Pembongkaran kejahatan pembantu rumah itu berlaku ketika ibunya pergi ke Indonesia untuk menghadiri majlis perkahwinan.

Ketika berada di sana, ada seorang tua yang menasihati ibunya untuk berubat, dan ibunya terkejut kerana tidak memahami bagaimana orang tersebut mengetahui tentang penyakitnya.

Semasa dalam proses berubat, tiba-tiba pembantu rumah tersebut masuk ke dalam bilik dan menangis. Dia mengaku telah menggunakan sihir dan meminta maaf kepada majikannya.

Ibunya kemudian dirawat oleh seorang kiyai kerana sihir tersebut terlalu kuat. Selama dua malam berturut-turut, ibunya dirawat untuk membuang sihir tersebut.

Selepas kejadian itu, ibunya telah sembuh sepenuhnya dan pembantu rumah tersebut telah dipecat dan dihantar pulang ke kampungnya.

BACA: “Suami dapat kerja baru gaji besar, berbunga suara mertua sedangkan sebelum ini dia pulaukan kami, dia boleh nasihat suami cari jodoh baru”