Selalu pergi kedai tayar main beli je tayar, ini cara baca nombor pada tayar kereta yang ramai tak tahu.
Hari ini Abg Wan nak cerita sedikit tentang code-code di sidewall tayar anda.
Sudah pasti ramai yg tahu adanya tulisan2 di bahagian sidewall tayar kereta.
Namun admin yakin dan pasti, ramai yg masih tak faham apa maksud tulisan pada sidewall tayar terutama sekali kaum wanita. Yang geng-geng lelaki pon sebenarnya ramai juga, admin tolong cover je ni. 😉
.
Info ini ASAS sahaja. Yg otai2,abang mekanik dan pomen dah power tu abaikan sahaja ok?
.
.
Apa yg penting sangat nak fahamkan code tersebut admin?
.
❗PENTING❗
Supaya anda tahu tentang spesifikasi tayar tersebut sekaligus membantu dalam proses membeli tayar.
Takde la kena ‘kencing'(tipu) hidup2 dengan tauke tayar yg tak bertanggungjawab. Pakai sekejap, dah botak, meletup, merekah, dan tak sedap memandu.
.
Lihat gambar dibawah ini supaya mudah faham. Kemudian check dekat tayar anda pula bandingkan.
.
➡Antara infonya:
.
✔ Cara baca kod tayar kenderaan seperti: 185/65R13 96H
185 = Lebar (mm)
65 = Nisbah aspek (Lebar / Tinggi) dalam %
R = Radial
13 = Diameter rim (inci)
96 = Index beban (Had maksimum bebanan) – rujuk jadual dlm gambar
H = Had maksimum kelajuan – rujuk jadual dalam gambar
Bila dah tahu info ini, pandai-pandai lah nak ejas penggunaan kereta anda ya. Jangan la pula belasah sehingga lebih muatan. Atau memecut sehingga lebih dari had yg dibenarkan.
.
❗“INGATLAH ORANG YG TERSAYANG”❗
.
Tarikh keluaran tayar pon ada:
Kalau lihat di sisi tayar, ada 4 angka tercatit contohnya 2511.
Maksud disebalik nombor tersebut ialah, tayar ini dikeluarkan oleh kilang pada minggu ke 25 tahun 2011.
Penting utk tahu tarikh supaya anda tahu tayar yg anda beli adalah baru. Admin NASIHATKAN agar membeli tayar tidak lebih dari 4-5 bulan selepas pengeluaran tayar dari kilang. So anda dpt pastikan tayar anda baru dan cukup masa utk proses pematangan getah.
Getah kalau terlalu lama, akan dapat macam2 masalah.
Ianya menyebabkan tayar jadi keras, mudah retak, menggelembung, mengurangkan cengkaman pada jalan sekaligus berpotensi berlaku kemalangan serius.
.
SARANAN admin seterusnya, elakkan guna tayar yg sama lebih dari 4 tahun meskipun bunga tayar masih tebal.
Maklumlah, ada sahaja pemandu yg jarang menggunakan kereta, mungkin sbb jarang guna kenderaan tersebut atau kereta terlalu byk. Keluar sahaja sedikit duit utk tukar tayar baru agar keselamatan lebih terjamin.
.
Sekian sahaja. Kita sambung pula next time utk info ASAS yg lain.
BACA:
Dah macam flat kos rendah! Tapi bukan untuk manusia, ini adalah kandang babi terbesar di dunia
Rider terkejut dapat duit raya RM1000, call pelanggan untuk kepastian sekali ini jawapannya