Selalu kalau pergi hospital kerajaan mesti kena tunggu lama kan? Doktor ini kongsi tips elak kena ‘sidai’

Oleh MHDAILY

Selalu kalau pergi hospital kerajaan mesti kena tunggu lama kan? Doktor ini kongsi tips elak kena ‘sidai’.

Isu menunggu dalam tempoh masa yang lama untuk berjumpa doktor di hospital bukanlah sesuatu isu yang baharu.

Jabatan Audit Negara mendedahkan sebanyak 41.3% pesakit menunggu 6 jam di bahagian kecemasan.

Selalu kalau pergi hospital kerajaan mesti kena tunggu lama kan? Doktor ini kongsi tips elak kena 'sidai'

Tip Elak Tunggu Lama

Di Jabatan Kecemasan terdapat satu sistem yang dipanggil sebagai Sistem Triage yang mana setiap pesakit yang datang akan dinilai oleh Pembantu Pegawai Perubatan.

Pesakit kemudiannya akan dikategorikan kepada tiga zon, iaitu zon merah, kuning dan hijau. rawatan akan diberikan mengikut kepentingan rawatan dan bukannya angka giliran.

Keterangannya ada dalam rajah di bawah:

Tunggu Lebih lama Di Hospital

Bagaimana mahu mengelakkan diri daripada menjadi mangsa menunggu lama di hospital? Ada dua tip yang diberikan oleh Dr. Ruhaizad Daud, salah seorang pengamal perubatan di Klinik Sabah, Kota Kinabalu.

1. Ketahui tahap sakit anda

*Sekiranya anda sekadar sakit biasa seperti demam, batuk, cirit-birit, sakit sendi dan sebagainya tak perlu ke wad kecemasan kerana ianya bukanlah kes kecemasan.

Tip Elak Tunggu Lama 1

2. Pilih untuk berjumpa doktor di Jabatan Pesakit Luar/ Klinik Kesihatan/ klinik swasta

*Sekiranya anda masih boleh menahan sakit-sakit yang bukannya kes kecemasan, anda boleh membuat pilihan sama ada untuk berjumpa doktor di bahagian kecemasan klinik swasta, atau pun datang seawal jam 8 pagi ke klinik kesihatan dan Jabatan Pesakit Luar.

Marilah kita berusaha menjadi rakyat Malaysia yang lebih berhemah dan bertimbang rasa kepada orang lain. Jangan terburu-buru membuat keputusan.

BACA:

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba Perdana Menteri pecat Menteri Pertahanan rupanya ini punca sebenar.

“Mak kata, mak takkan beri duit belanja sekolah. Pandai-pandailah korang curi duit opah atau duit paksu rupanya ini kerja mak”