Selalu jadi sticker Whatsapp, budak comel ni dah besar!

Oleh MHDAILY

Selalu jadi sticker Whatsapp, budak comel ni dah besar!. Sekiranya malas menaip mesej balas WhatsApp, ramai yang suka menggunakan sticker comel bagi menggambarkan emosi mereka. Antara salah satu sticker WhatsApp yang paling digemari ramai suatu ketika dahulu adalah imej Baby Rohee.

Kanak-kanak yang berasal dari Korea ini dahulunya viral secara tak sengaja pada usia 3 tahun selepas ibunya memuat naik gambar comel ke media sosial.

1001 gambar comel Rohee yang pernah dijadikan sticker WhatsApp di pelbagai negara

Sejak itulah fotonya banyak dijadikan gif, meme dan sticker di kebanyakan aplikasi perbualan. Malahan, ada peminat antarabangsa yang membuat fans club kerana terlalu suka dengan budak beragam gaya ini.

Melihat kepada gambar-gambar di bawah, pastinya anda pernah memuat turunnya sebelum ini, bukan?

Selalu jadi sticker Whatsapp, budak comel ni dah besar!

Cepatnya Rohee membesar

Kini, Rohee atau nama penuhnya Jinmiran sudah meningkat dewasa sekali gus mengundang sebal ramai. Umpama terlalu cepat masa berlalu, difahamkan kini dia sudah menjangkau usia 7 tahun dan wajahnya yang comel mula beransur-ansur bertukar menjadi cantik pula.

Dia tahu tak orang Malaysia banyak guna sticker muka dia?…Please jangan membesar, penyembuh kemurungan aku

Menerusi ruangan komen, ramai yang akui wajah Rohee sama comel seperti beberapa tahun dahulu. Malahan, mereka mendedahkan amat suka menggunakan sticker Jinmiran termasuklah di kala perlu menghiburkan diri ketika sedang sedih.

@realpcyii dont forget to use your earphone or headphone yaa 🎧 #rohee #jinmiran #foryoupage #fypシ #xybca ♬ suara asli – sadvibes🥀 – Sadvibes🥀

BACA:

Shahir bakal bertunang dengan gadis Sabah hari ini

Riena Diana akhirnya tinggalkan Hot FM

Selepas suami, isteri pula iringi suami meninggal dunia di Makkah, “tak sampai 24 jam”