Selain HIV dan COVID-19, Ini virus paling teruk yang pernah melanda seluruh dunia yang korang tak tahu

Oleh MHDAILY

Selain HIV dan COVID-19, Ini virus paling teruk yang pernah melanda seluruh dunia yang korang tak tahu

Tahukah anda, selain HIV, ada lima lagi virus yang paling teruk pernah berlaku dalam sejarah dunia?

Saban tahun pasti ada berita mengenai wabak-wabak baharu yang melanda dunia.

Selain HIV dan COVID-19, Ini virus paling teruk yang pernah melanda seluruh dunia yang korang tak tahu

Yang terbaharu adalah mengenai wabak koronavirus yang kini sudah mencecah angka kematian seramai 106 orang.

BACA: Wabak Koronavirus: Benarkah Ia Konspirasi Terancang Sejak 200 Tahun Lalu?

Walaupun ada yang mengatakan wabak koronavirus ini merupakan teori konspirasi terancang China, namun ianya disangkal Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit.

Selain HIV dan wabak terbaharu ini, China dan Hong Kong masing-masing pernah berdepan dengan wabak SARS (Sindrom Pernafasan Akut Teruk) yang masing-masing telah mengorbankan lebih 349 orang dan 299 orang sekitar tahun 2002 hingga 2003, tahukah anda ada lagi lapan jenis wabak yang paling buruk pernah berlaku di dunia?

1. EBOLA
Penyakit virus Ebola (EVD) atau Demam Berdarah Ebola (EHF) merupakan penyakit yang menyerang manusia disebabkan oleh virus Ebola. Dikenali sebagai salah satu virus paling berbahaya di dunia, virus Ebola mudah berjangkit dan boleh membawa maut.

Masih tiada penawar, kes pertama virus Ebola daripada keluarga Filviridae ini dikesan di Filipina (November 2008) dan yang paling buruk adalah pada Mac hingga Oktober 2014 yang menyebabkan jumlah kematian sebanyak 2,430 orang.

Virus Dan Wabak Paling Buruk Dalam Sejarah Dunia

Berpunca daripada kelawar buah yang banyak menghuni di sekitar Afrika Barat, virus ini disebabkan oleh faktor kemiskinan yang memaksa penduduk makan buah-buahan yang tercemar akibat digigit kelawar buah atau pun menjadikan kelawar berkenaan sebagai sumber makanan manusia.

2. RABIES (ANJING GILA)
Lebih dikenali sebagai penyakit anjing gila, Rabies adalah sejenis penyakit virus yang boleh menyebabkan radang otak serta penyakit sistem saraf pada manusia atau haiwan yang dijangkiti.

Kebiasaannya dijangkiti oleh anjing, virus ini boleh merebak dari air liur haiwan terjangkit melalui gigitan atau sebarang kejadian yang menembusi kulit seperti jilatan haiwan di tempat luka. Sekiranya digigit, virus ini boleh menyebabkan kematian 100% jika tidak dirawat dengan segera.

Sudah bermula sejak zaman 1,930 Sebelum Masihi, virus ini disamakan dengan virus zombi kerana digambarkan sebagai endemik yang menyerang manusia dan menyebabkan mangsa bersifat agresif.

3. DENGGI
Mula memunculkan diri di Filipina dan Thailand pada tahun 1780-an, virus denggi ini telah menyebabkan sekitar 50 ke 100 juta manusia setiap tahun menurut WHO. Disebar melalui gigitan nyamuk aedes, terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Keutan Denggi (DSS).

Bermula dengan demam mengejut, sakit kepala teruk, sakit belakang bebola mata, sakit sendi dan otot, sakit pinggang yang teruk, kulit akan bertukar kemerahan diselangi dengan tompok-tompok kulit warna normal.

Virus Dan Wabak Paling Buruk Dalam Sejarah Dunia 1

Wabak pertama dikesan berlaku serentak pada tahun 1780-an di Asia, Afrika dan Amerika Utara. Pernah suatu ketika, pada Februari 2002, virus ini membabitkan sejuta penduduk namun hanya mengakibatkan 16 kematian.

Di Malaysia, denggi mula dilaporkan pada 1902 yang mana denggi berdarah berlaku di Georgetown (1962) dan Kuala Lumpur (1973) dan meningkat sebanyak empat kali ganda dari tahun 1991 hingga 1998.

4. INFLUENZA
Semasa tempoh selsema, lebih 500,000 orang seluruh dunia meninggal dunia disebabkan oleh virus penyakit ini. Virus influenza paling berbahaya dicatatkan pada tahun 1918 hingga Jun 1920 iaitu Spanish Influenza (selsema pandemik) yang membunuh lebih 50 hingga 100 juta manusia yang membawa kepada 40% populasi dunia.

5. CACAR (SMALLPOX)
Penyakit berjangkit yang boleh merebak melalui sentuhan, pakaian kotor dan udara ini disebabkan oleh dua jenis virus iaitu Variola major dan Variola minor.

Jika seorang kanak-kanak dijangkiti cacar, kemungkinan besar (80%) kanak-kanak berkenaan akan meninggal dunia selepas dua minggu menderita.

Penyakit ini menjadi bukti bahawa pentingnya vaksin dalam kehidupan seharian yang mana pada tahun 1979, satu vaksin telah ditemukan pada tahun 1979 oleh Edward Jenner sehingga penyakit ini disahkan pupus secara total oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

Selain HIV, Virus Dan Wabak Paling Buruk Dalam Sejarah Dunia 2

Terkini, wabak virus koronavirus melanda dunia dengan angka kematian sudah mencecah lebih 106 orang dan yang dijangkiti lebih 4,500 orang di China.

BACA: Rakyat Malaysia Terkandas Di China Mahu Pulang Susulan Wabak Koronavirus

Masih tiada ubat kepada penyakit ini, seorang pakar perubatan kesihatan awam, Dr Safiya Amaran telah menasihati rakyat Malaysia supaya sentiasa mengamalkan proses penjagaan kesihatan kerana ianya sudah merebak ke Malaysia.

BACA:

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba Perdana Menteri pecat Menteri Pertahanan rupanya ini punca sebenar

Kes pengkid pakai ihram pada zaman kerajaan dahulu punca Anwar gagal jumpa pemimpin Arab Saudi?