Sekiranya boleh diundur masa, saya akan lantik selain Tommy Thomas sebagai peguam negara – Mahathir

Oleh MHDAILY

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan kekesalannya melantik Tan Sri Tommy Thomas sebagai Peguam Negara, individu yang telah mengkritik beliau dalam memoirnya.

Seandainya diberi peluang untuk mengundurkan waktu, Dr Mahathir berkata, beliau tentu sekali tidak akan memilih Tommy, sebaliknya, melantik individu lain untuk mengisi jawatan berkenaan.

“Kalau saya tahu jadi begini, saya akan lantik orang lain tentunya. Tetapi pada masa itu, saya fikir ia akan memberi pengalaman baharu untuk ada Peguam Negara yang profesional,” kata negarawan itu dalam wawancara dengan portal Free Malaysia Today.

Baca Artikel Penuh