Sekali kerajaan berubah, ahli politik pun bertukar parti

Sekali kerajaan berubah, ahli politik pun bertukar parti

Apa yang berlaku ke atas bekas Ketua Menteri Sabah Salleh Said Keruak boleh dijadikan pelajaran dan pengaran kepada oportunis politik. Salleh keluar daripada Umno kemudian memohon menyertai Keadilan. Keadilan begitu berhati-hati untuk menerima permohonannya.

Semalam kata Salleh dia membatalkan permohonan untuk sertai Keadilan ekoran perubahan kerajaan Persekutuan. Apa yang boleh difahami beliau berpolitik mengikut arus. Menurutnya juga mula dia minta ditangguhkan permohonannya selepas berlaku perubahan kerajaan dia minta batalkan terus.

Tanpa mengulas panjang tindakan beliau itu kita semua dapat memahami dan mengenali cara dia berpolitik. Apakah sunnah seperti itu yang perlu kita pegang dan hayati atau bagaimana? Bila sesebuah parti itu kalah kita tinggalkan dan sertai parti menang.

Kecenderungan mengamalkan politik ala Salleh itu nampak semakin menjadi-jadi dan popular di Malaysia waktu ini. Trims.

COMMENTS