Sekali ‘cedok’ dapat RM500, Wany kayrie dedah kawan jadi Sugar Baby

Oleh MHDAILY

Sekali ‘cedok’ dapat RM500, Wany kayrie dedah kawan jadi Sugar Baby

Penyanyi dan juga pelakon muda, Wani Kayrie mendedahkan bahawa terdapat segelintir kenalan yang dikenalinya ketika menuntut di pusat pengajian swasta

turut terbabit dalam aktiviti tidak bermoral ‘sugar baby’ seperti yang tular di media baru-baru ini.

Sekali 'cedok' dapat RM500, Wany kayrie dedah kawan jadi Sugar Baby

Kegiatan ‘sugar baby’ atau bergelar wanita simpanan merupakan aktiviti di mana wanita akan menawarkan perkhidmatan seks dan menjadi peneman bagi kaum lelaki yang kemudiannya akan memperoleh ganjaran seperti wang dan barang-barang mewah.

Bagi Wani, dia tidak berasa terkejut dengan pendedahan seperti itu kerana dia sendiri mengenali individu yang terdiri daripada rakan-rakannya sendiri mencari ‘sugar daddy‘ untuk menyara kehidupan dan mendapatkan wang tambahan.

Saya tak terkejut apabila isu ini dibangkitkan sebab i bukan saja dalam kalangan pelajar, tapi mereka yang sudah bekerja. Ada di antaranya memang saya kenal, tapi saya tak boleh nak menghakimi sesiapa.

Kata Wani lagi, individu yang memilih jalan sebegitu haruslah menanggung kesan daripada tindakan dan perlakuan mereka, tidak kira kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat.

Saya faham bila ramai yang memperkatakan masalah kewangan menjadi punca isu ini. Apa yang saya mampu katakan adalah itu hakikat sebenar kehidupan. Mereka pilih jalan itu, jadi mereka perlu bersedia untuk menanggung kesannya. Kalau ada kawan rapat dengan saya yang mencari sugar daddy untuk menanggung kehidupan, saya sebagai kawan akan tegur.

Terdahulu, perkhidmatan carian perhubungan ‘SugarBook’ telah melaporkan peratusan pelajar yang terlibat dalam aktiviti ini yang majoritinya daripada pusat pengajian swasta di ibu kota.

Menurut laporan yang didapat daripada aplikasi itu, kebanyakan pelajar Universiti mencari ‘Sugar Daddy’ bertujuan untuk mendapatkan wang dengan cara mudah bagi menampung kos kehidupan serta yuran pengajian.

BACA:

Gara-gara trauma dirogol warga emas 5 kali, budak perempuan nekad mahu jadi lelaki pula

Ibu berpantang ditemui mati sambil mendakap bayi dan dipeluk anak dari belakang, rupanya ini yang suami dia buat!