Sedapnya resipi Ikan Bawal Masak Kicap

Oleh AHMAD BAIHAQI LUTFI

Resipi untuk hidangan Ikan Bawal Masak Kicap menyediakan satu hidangan yang ringkas dan senang untuk disiapkan.

Jika anda tidak gemar ikan bawal, anda juga boleh menggunakan jenis ikan lain mengikut selera anda.

Langkah pertama adalah melumurkan ikan dengan garam dan kunyit. Kemudian, ikan itu digoreng sehingga masak dan kecut.

Sedapnya resipi Ikan Bawal Masak Kicap

Selepas itu, ikan yang telah digoreng akan dicampur dengan kuah masak kicap yang pekat dan lazat.

RESEPI IKAN BAWAL MASAK KICAP

Bahan-bahan:

1 ekor ikan bawal

1 biji bawang kecil – dikisar

2 biji bawang putih – dikisar

1 inci halia – dikisar

1 biji bawang holland – dipotong kasar

2 biji tomato – dibelah 4

Sedikit daun ketumbar

Cili besar/cili padi (jika suka pedas)

Kicap manis

Kicap pekat

Sos tiram

Sos ikan

Cara memasak:

1. Lumur ikan dengan garam dan kunyit sehingga merata ke seluruh ikan. Goreng sehingga masak. Angkat dan ketepikan.

2. Kisar/tumbuk bawang kecil, bawang putih, dan halia.

3. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar tadi sehingga naik bau.

4. Masukkan cili yang telah dikisar hingga pecah minyak. Kemudian, masukkan sos tiram, kicap pekat, kicap manis, sos ikan.

Perasakan dengan garam dan gula, tetapi berhati-hati kerana kicap sudah masin.

5. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi. Kemudian, tambahkan tomato, daun ketumbar, cili padi, dan bawang holland. Gaulkan semua bahan dengan baik.

6. Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!

Baca Juga :Tak masuk akal! Pembungkus makanan ini bernilai RM4090! Siapa ada simpan automatik kaya