Sedap tapi mahal macam nak pergi haji balik hari, ini sebab kenapa harga popcorn di panggung wayang mahal

Oleh MHDAILY

Sedap tapi mahal macam nak pergi haji balik hari, ini sebab kenapa harga popcorn di panggung wayang mahal.

Setiap kali muncul filem baru sahaja, pasti pawagam akan dipenuhi oleh ratusan manusia

Apabila mahu tengok wayang, popcorn merupakan makanan yang wajib untuk dibeli.

Sedap tapi mahal macam nak pergi haji balik hari, ini sebab kenapa harga popcorn di panggung wayang mahal

Tapi masalahnya harga popcorn dengan pawagam ini terlalu yahudi sangat. Kadang-kadang, harga popcorn lebih mahal berbanding harga tiket pawagam.

Itu belum cerita kalau anda keluar berdua dengan girlfriend pada hujung minggu tengok wayang. Boleh habis RM50 hanya semata-mata untuk beli popcorn sahaja.

Persoalannya kenapa harga popcorn dekat pawagam mahal sangat?

Sebenarnya, pihak pawagam menjadikan popcorn sebagai sumber utama untuk mereka menjana keuntungan. Hal ini demikian kerana jika bergantung kepada jualan tiket semata-mata, mereka akan cepat bungkus.

Ditambah pula ramai daripada kita memang ada habit nak mengunyah ketika menonton filem dan popcorn adalah penyelesai masalah terbaik. Sekarang ini bayangkan dalam satu hall boleh memuatkan sehingga 150 orang dalam satu-satu masa.

Harga bagi sekeping tiket pula adalah sekitar RM12 dan harga popcorn satu set adalah RM18 untuk satu set.

Semua tiket yang dijual telah sold out dan jumlah terkumpul adalah RM1500. Manakala hanya separuh daripada kapasiti 150 orang tadi yang membeli popcorn dan jumlah terkumpul adalah RM1350. Nampak macam popcorn kurang sedikit berbanding harga tiket tetapi pawagam tetap dapat untung. Macam mana tu?

Buat pengetahuan anda semua, hasil kutipan tiket perlu dibahagi kepada penerbit filem pawagam tidak dapat menikmati keuntungan semaksima mungkin. Untuk popcorn pula, 100% keuntungan adalah milik pawagam. Jadi kalau makin ramai yang beli popcorn, semakin banyak profit yang dimiliki oleh pihak pawagam.

Tapi pawagam jual popcorn mahal-mahal ini tak ada orang marah ke. Jawapannya adalah tiada kerana pawagam menggunakan konsep yang turun digunakan oleh kedai-kedai lain seperti Eco Shop.

Kalau anda perasan, ada beberapa barang yang lebih murah di kedai lain tetapi agak mahal di Eco Shop. Jadi macam mana pawagam aplikasinya konsep ini?

Jawapannya adalah jual tiket dengan harga begitu murah sementara popcorn pula berharga sangat mahal. Sesetengah orang tidak akan menyedari konsep ini kerana pada tanggapan mereka, harga tiket sudah cukup murah. Setakat nak beli popcorn harga RM18, tak luak duit pun. Bagi manusia yang bijak sedikit, mereka tidak akan beli popcorn kerana rugi walaupun setelah menikmati harga tiket yang agak rendah.

Dari mana bermulanya harga popcorn serupa yahudi seperti hari ini?

Ketika itu, krisis ekonomi telah memberikan kesan yang sangat buruk kepada semua jenis perniagaan sehingga menjadi muflis. Pihak pawagam nampak trend ini lantas cuba untuk bertahan dengan menurunkan harga tiket paras terendah dan membenarkan makanan ringan dibawa masuk.

Tindakan ini berjaya membuatkan ramai orang memenuhi pawagam tetapi ada satu benda mereka terlepas pandang iaitu keuntungan. Semenjak pihak pawagam menurunkan harga tiket, mereka tidak mampu mendapatkan keuntungan yang banyak. Kebetulan pula orang ramai gemar membawa makanan ringan seperti popcorn untuk dinikmati ketika menonton filem. Jadi pihak pawagam melihat popcorn adalah penyelesaian terbaik bagi mereka.

Jadi pihak pawagam telah membenarkan peniaga luar membuka kedai popcorn di hadapan bangunan mereka dengan syarat perlu membayar sewa. Tapi pihak pawagam masih lagi tak dapat untung yang banyak. Apa yang mereka buat adalah jual popcorn sendiri dengan harga begitu mahal dengan syarat tiket mestilah murah sebagai sumber pendapatan utama.

Bermula sejak itu, kesemua pawagam telah menjual popcorn mereka kepada orang ramai yang ingin menonton filem. Bagi orang yang sangat suka menonton filem di pawagam, pasti tidak boleh berenggang dengan popcorn. Apa-apapun padan muka kepada anda kerana terpedaya dengan taktik pawagam yang jual tiket murah tetapi popcorn harga yahudi.

BACA: 

“Pelik, 3 hari aku tak nampak housemate makan dekat kantin, malam tu diam-diam aku selit sesuatu bawah bantal”, sekali ini yang jadi

Dah 2 minggu meninggal dunia sebelum hari PRU, sekali lain jadi termenang PRU pula undang reaksi netizen