Sedang cari kerja pun dapat elaun, bayaran RM1,300 dalam tempoh 4 bulan, mohon segera
Apakah itu SIP EMP+ kepada bukan pencarum?
- SIP EMP+ kepada bukan pencarum ini adalah bantuan kewangan diberikan kepada individu bukan pencarum PERKESO terutamanya graduan baharu, lepasan sekolah dan pekerja sektor tidak formal yang terkesan akibat krisis wabak COVID 19 bagi meneruskan kelangsungan hidup semasa mencari peluang pekerjaan baharu
- Bantuan SIP EMP+ kepada bukan pencarum ini mengandungi insentif Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) RM300 sebulan yang diterima apabila individu yang layak menghadiri temuduga dan Elaun Persediaan Bekerja (EPB) RM400 one-off sekiranya telah kembali bekerja
Siapakah yang layak memohon SIP EMP+ kepada bukan pencarum?
Syarat Kelayakan SIP EMP+ Kepada Bukan Pencarum
Kelayakan permohonan
- Individu yang belum berdaftar atau tidak aktif mencarum dengan PERKESO selepas 1 Jun 2021
- Individu yang berumur 18 tahun dan tidak melebihi 60 tahun pada tarikh permohonan
- Setiap pemohon adalah wajib berdaftar, melengkapkan profil dan aktif membuat aktiviti pencarian di Portal MYFutureJobs mulai 1 Januari 2022
- Pemohon perlu menghadiri aktiviti temuduga sekurang-kurangnya tiga kali sebulan melalui;
- Program temuduga terbuka anjuran PERKESO adalah diutamakan. Maklumat temuduga boleh diperolehi melalui Portal MYFutureJobs atau;
- Bersama anjuran majikan berdaftar dan yang telah mengiklankan jawatan di Portal MYFutureJobs atau;
- Anjuran luar dan disahkan oleh majikan/agensi pekerjaan swasta
Jenis Temuduga
- Pemohon perlu menghadiri sesi temuduga bersama tiga (3) majikan berbeza dalam tempoh masa yang sama atau hari yang berlainan
- Pemohon menghadiri mana-mana temuduga yang diaturkan oleh majikan yang telah berdaftar di Portal MYFutureJobs
- Pemohon menghadiri mana-mana temuduga yang setara dengan kelayakan atau bersesuaian dengan pengalaman
Tempoh Bayaran Insentif
- Tempoh pembayaran EMP adalah secara bulanan (30 hari)
- EPB akan dibayar bersama EMP sekiranya telah mendapat tawaran pekerjaan baharu
Bagaimanakah saya boleh memohon SIP EMP+ kepada bukan pencarum?
- Tempoh permohonan bagi program SIP EMP+ kepada bukan pencarum adalah dari 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2022
- Dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan adalah:
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon
- Salinan Penyata Nombor Akaun Bank Pemohon Sendiri (bukan akaun Bersama)
- Bukti menghadiri 2 kali temuduga dalam tempoh setiap EMP, sekiranya ia merupakan bukan anjuran PERKESO dan perlu pengesahan daripada majikan yang menganjurkan temuduga
Pengemaskinian aktiviti temuduga di Log Aktiviti Portal MYFutureJobs
Permohonan SIP EMP+ Kepada Bukan Pencarum
Tatacara Permohonan
- Daftar dan lengkapkan Profil di Portal MYFutureJobs
- Muat turun dan daftar di Aplikasi Prihatin PERKESO (PlayStore / AppleStore) bagi tujuan bayaran elaun mengikut kelayakan
- Hadiri program temuduga & kemaskini log aktiviti di Portal MYFutureJobs (Akuan pengesahan syarikat perlu dilampirkan sekiranya menghadiri program temuduga bukan anjuran PERKESO)
- Kemaskini tarikh kembali bekerja di Aplikasi Prihatin PERKESO sekiranya telah mendapat tawaran pekerjaan bagi tujuan pembayaran EPB
Semakan Status Permohonan
- Pemohon boleh menyemak status permohonan melalui Aplikasi Prihatin PERKESO (PlayStore / AppleStore)
BACA:
Mengejutkan! 1.2 Juta warga China rupanya masih belum keluar dari Malaysia
JPA buka jawatan kosong besar-besaran, gaji sehingga RM9,607
Leona seksi melampau , ‘Saya dulu lagi teruk’ – Azhar Sulaiman