Sebenarnya sebahagian Laut China Selatan bukan milik Malaysia? Ini kisahnya

Oleh MHDAILY

Sebenarnya sebahagian Laut China Selatan bukan milik Malaysia? Ini kisahnya

Sejak berabad-abad Laut China Selatan memainkan peranan yang penting dalam ekonomi negara seperti Vietnam, Malaysia, Brunei dan Filipina.

Maka, tidak mustahil Laut China Selatan ini terus menjadi pertikaian pelbagai negara termasuklah negara kuasa besar seperti China.

Sebenarnya sebahagian Laut China Selatan bukan milik Malaysia? Ini kisahnya

Sebenarnya sebahagian Laut China Selatan bukan milik Malaysia? Ini kisahnya

Pertikaian wilayah di Laut China Selatan dapat dibahagikan kepada tiga kawasan utama di mana Kepulauan Spratly yang telah menjadi rebutan antara China, Taiwan, Vietnam, Filipina, Brunei dan Malaysia.

Manakala Kepulauan Paracel pula menjadi rebutan antara China dengan Vietnam dan Kepulauan Scarborough Shoal menjadi rebutan antara China dengan Filipina.

Asas tuntutan Laut China Selatan ini meliputi faktor sejarah dan undang-undang laut antarabangsa. China pula menggunakan faktor sejarah dan undang-undang laut antarabangsa bagi memperkukuhkan tuntutannya terhadap Laut China Selatan.

Sebagai kuasa besar yang sedang bangkit, China sangat bergantung kepada Laut China Selatan demi keberlangsungan bekalan tenaga dan perdagangan mereka dari Lautan Hindi dan Selat Melaka. China juga bimbang jika Laut China Selatan menjadi kepungan Amerika Syarikat (AS) dan menutup laluan penting perdagangannya lebih-lebih lagi apabila negara mereka merupakan pengimport minyak.

Malaysia pula sebagai negara yang tidak terkecuali dalam tuntutan bertindih Laut China Selatan ini tetap mempertahankan tuntutan tersebut walaupun China membantah tindakan Malaysia menyerahkan tuntutan itu kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Bagi kerajaan Malaysia isu tuntutan bertindih di Laut China Selatan perlu diselesaikan secara aman, dengan semua tuntutan dan penyelesaian mestilah berdasarkan undang-undang antarabangsa termasuk Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut 1982 (UNCLOS 1982).

Kerajaan sentiasa mengutamakan kepentingan negara sebagai asas utama dalam setiap tindakan yang diambil dan langkah diplomasi konstruktif secara berterusan perlu diambil dalam menjamin kepentingan ekonomi dan keselamatan negara.

BACA: Lakaran projek sarat dengan kemudahan, hasil bila siap nampak macam padang sekolah je tapi bernilai RM6.2 juta!