“Sebanyak RM300,000 simpanan saya selama 5 tahun habis main judi sampai tahap pinjam Ah Long”
SETIAP manusia tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan.
Namun bezanya adalah tidak semua mampu untuk mengakui kesilapan dan berkongsi pengajaran dengan orang ramai demi kebaikan bersama.
Bagaikan menongkah arus kerana dianggap membuka aib sendiri, seorang peniaga di TikTok tampil menceritakan kepada orang ramai bagaimana dia boleh menjadi muflis selepas segala simpanannya ‘hangus’ akibat bermain judi dalam talian.
Menurut ceritanya, dia mula ketagih dengan permainan judi sejak fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga membantutkan empat premis perniagaan yang diusahakannya.
Tangkap layar video yang tular di TikTok.
Dengan menggunakan modal serendah RM50, dia mula berjinak-jinak bermain judi online akibat terlalu lama berkurung.
Jelas lelaki itu, wang yang diperoleh hasil berjudi semakin menaik membuatkan dia menambah jumlah sebanyak RM200 dengan pulangan bernilai RM1,000.
“Memang silap saya main judi online menggunakan telefon. Saya top up RM50 sebagai permulaan, kemudian cuci (dapat pulangan) RM400.
“Atas nasib jackpot saja. Jika menang, kita akan masuk (tambah jumlah) lebih besar. Saya ada masukkan modal RM3,000 tapi silap sebab RM50 saja saya dapat pulangan.
“Lepas tu saya jadi ketagih, saya masuk lagi RM200. Nak main menggunakan modal lebih kecil tapi hangus. Saya masukkan RM5,000 lagi konon nak dapatkan balik RM10,000 pun hangus.
“Kita masuk duit jumlah besar dia tarik, kita masuk jumlah kecil dia pancing bagi kita menang. Duit tu memang tak dapat balik dah, dia telan semua sekali,” katanya lagi.
Situasi menjadi lebih parah apabila lelaki itu turut membuat pinjaman Ah Long namun tidak mampu untuk melangsaikan hutangnya.
Sekarang Ah Long pun cari, bank pun dah blacklist nama saya.
Dalam video yang tular, lelaki ini mengakui menjadi buruan ceti haram tersebut selain disenarai hitam pihak bank.
Akur dengan kesilapan terbesar dalam hidupnya, dia turut menitipkan pesanan agar orang ramai tidak terjebak dengan kegiatan tidak berfaedah sepertinya.
“Sebanyak RM300,000 simpanan saya dalam masa lima tahun habis main judi sampai tahap pinjam Ah Long.
Judi merupakan satu permainan yang diharamkan Allah dan perbuatan itu termasuk dalam kumpulan dosa besar. -Gambar hiasan
“Sekarang Ah Long pun cari saya. Bank pun dah blacklist nama saya. Kalau Ah Long tu ada tengok video saya ni dia nak jumpa saya pun tak mengapalah.
“Jadi untuk orang ramai, janganlah bermain judi. Jangan jadi macam saya ni sampai dah bankrap. Orang ramai yang tengok video saya ni dengarlah betul-betul… jangan jadi macam saya. Memang dah tak boleh lari dah,” ujarnya lagi.
Sebagaimana kita ketahui judi adalah permainan yang membabitkan wang dan dan lain-lain sebagai taruhan.
Dalam agama Islam, ia merupakan salah satu perkara yang diharamkan Allah dan perbuatan itu termasuk dalam kumpulan dosa-dosa besar.
BACA:
Percuma je! Tak kena cas RM1 dah, ini cara transfer duit dari Maybank2u ke Tabung Haji