“Sebaik sahaja anak kedua lahir, aku mula rasa rimas, masa dalam pantang lagi, aku sampai rasa nak bagi je anak dekat orang”

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Salam min. Jika sudi siarkan kisah saya ni saya ada 2 orang anak, yang pertama umur 5 tahun & kedua 7 bulan.

Saya takda masalah rumahtangga cuma mungkin ada masalah ment4l.

Kisahnya saya mengandungkan anak no 2, disaat saya dan suami memang dah ready untuk dapatkan anak.

"Sebaik sahaja anak kedua lahir, aku mula rasa rimas, masa dalam pantang lagi, aku sampai rasa nak bagi je anak dekat orang"

Sebaik2 perancang, Allah swt tunaikan apa yg kami hajati disaat si sulong dah pandai berdikari dan boleh mintak tolong banyak benda.

Sebaik sahaja anak ke-2 dilahirkan, saya mula rasa rim4s. Masa dalam pantang lagi, saya sampai rasa nak bagi baby dekat orang.

Saya tak sanggup dengar dia menangis, saya rim4s & melu4t. Buat pengetahuan semua, saya ada komplikasi masa lahirkan anak no 2.

R4him melekat dengan organ lain disebabkan kes 4 tahun lepas selepas emergency czer (si abg)
Disebabkan sakit yg teramat sgt sampai tahap tkboleh bangun

(sy tak pernah rasa mcm tu masa lahirkan anak sulong, malah sy sendiri request pada doktor utk bangun dan jalan)
Anak no 2 ni menangis kat sebelah pun saya juga turut menangis sambil genggam penghadang katil sebab nak susukan anak.
allahuakhbar, struggle nya Allah swt shaja yg tahu.

Balik berpantang pulak, abang nya pula baru reti nak ada adik, belum betul2 behave. Adik tengah tidur, dia boleh menjerit2.Dia jenis hyper so masa tidur je dia diam. Memang time tu saya menjerit2 sebab tak tahan tengok abg bising dan baby terjaga2.
Dlm masa yg sama, luka czer berb4u (tkdpt nak jaga mcm first czer) sbb still kena uruskan rumah dan anak sulong.

Suami bekerja sendiri so nak taknak ada masa memang kena keluar cari duit.

Alhamdulillah suami banyak membantu jaga anak no 2 ni sejak dari pantang lagi.

Cuma kadang2 saya masih takboleh terima anak no 2 ni. Bila dia buat hal, menangis non stop, meragam, saya rasa lain dah,

terus dalam kepala, kenapa lah aku tak bagi je kau kat orang lain, kenapa lah aku l4hirkan k4u, kan elok ada si sulong je, knp kau perlu ada, anak sulong pandai buat semua sendiri, ada kau ni semua benda aku kena buat, Sampai pernah terfikir kau ni baik mati je.

Bila okay, saya okay. sekarang anak no2 dah 7 bulan tapi sampai sekarang perasaan macamtu tetap hadir.
Mcm mana saya nak buang semua benda takbaik dalam kepala ni ? kenapa saya rasa mcm stress dengan kehadiran anak no 2 ni?

Saya taktahu nak meluah pada siapa. Saya buntu tapi, saya risau andai saya tiba2 bertindak diluar kawalan suatu hari nanti.

Saya sayang anak2 saya. Ada apa2 prosedur ke saya boleh buat ? Saya perlu jumpa pakar ke ?
Bantu saya.

BACA: 6 bulan terlantar, rakyat Malaysia ini jadi ‘pesakit paling sunyi’ di Hospital Australia