Sewaktu ditemubual oleh wartawan selepas memenangi pingat gangsa dalam perlawanan badminton Sukan Olimpik Paris 2024,
Lee Zii Jia tidak dapat menahan rasa sebak apabila memikirkan tohmahan yang sering diterimanya dari orang ramai.
Pemain badminton perseorangan negara itu mengakui bahawa berita-berita negatif tentang dirinya yang tular telah sedikit sebanyak mengganggu fokusnya semasa latihan.
Lee Zii Jia, yang berusia 26 tahun, turut mempersoalkan kesalahan yang dilakukannya sehingga namanya sering menjadi sasaran kecaman di platform media sosial.
“Setiap pagi saya bangun dan menyertai sesi latihan, tetapi pasti ada berita buruk mengenai nama saya. Saya tertanya-tanya apa kesalahan yang telah saya lakukan,” katanya dengan nada penuh kecewa.
Netizen beri semangat dan simpati
Walaupun video temubual tersebut baru dimuat naik di platform TikTok oleh akaun Astro Arena, ia telah mendapat perhatian netizen yang rata-rata meluahkan rasa simpati terhadap Lee Zii Jia.
Ramai yang meninggalkan ucapan terima kasih kerana berjaya membawa pulang pingat gangsa dan memberikan kata-kata semangat buatnya.
BACA: Individu dakwa pernah ‘dipinjam’ nenek tua ketika usia 6 tahun, kini muncul semula