‘Saya tak curang, naik tangan pun tidak’ – Tan Sri Musa Hassan. “Saya tidak pukul dan curang.” Itu penegasan bekas Ketua Polis Negara,
Tan Sri Musa Hassan berhubung tiga rakaman video pertelingkahan membabitkan beliau dan isterinya yang tular di media sosial sejak semalam.
Mendedahkan kepada Utusan Malaysia, beliau berkata, apa yang berlaku hanya perselisihan faham antara dirinya dan isteri berkaitan masalah rumah tangganya.
Sebelum itu, beliau menggesa orang ramai untuk menghormati privasinya.
Musa berkata demikian dalam satu ciapan di Twitter selepas tersebar klip video memaparkan seorang lelaki menyerupai dirinya berbalah dengan seorang wanita di dalam sebuah rumah.
“Ini adalah masalah privasi keluarga. Jangan ada yang masuk campur.
“Jika ada yang membuat spekulasi akan berhadapan dengan tindakan undang-undang,” katanya dalam satu ciapan di Twitter.
Ciri-ciri isteri derhaka pada suami:
1. Tidak mensyukuri kebaikan dilakukan suami.
2. Suka menyakiti hati suami.
3. Melayani lelaki lain tanpa pengetahuan suami.
4. Keluar rumah tanpa izin suami.
5. Meminta cerai dari suami.— Musa Hassan (@TSMusaHassan) March 7, 2023
kegemaran suami.
6: Jangan menjadi tekanan kepada suami.
Isteri Derhaka Pada Suami, Tempatnya Adalah Neraka Jahanam.— Musa Hassan (@TSMusaHassan) March 7, 2023
“Pengadu seorang peguam yang beramal di tetuan Hisham & Partners membuat laporan bagi pihak anakguam pengadu bernama Tan Sri Musa Bin Tan Sri Hj Hassan dimana anakguam pengadu pada 28/02/2023 jam lebih kurang 1630 hrs,
“Beliau telah datang berjumpa isteri beliau bernama Elly Efizahwati Binti Abdul Jalil bertujuan ingin berjumpa isteri dan anak beliau serta menyerahkan wang sebanyak RM5,000.00 untuk perbelanjaan dan juga membeli buku anaknya disekolah,” tulis laporan berkenaan.
Kejadian berlaku di rumah isterinya di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.
Menurut laporan itu lagi, apabila Musa sampai ke rumah, isterinya meluahkan rasa tidak puas hati apabila menerima surat daripada peguam syariah.
“Isteri beliau telah mengeluarkan telefon dan ingin merakam video anakguam pengadu tanpa tujuan yang pasti dan walaupun anakguam pengadu melarang isteri beliau daripada merakam.
“Isteri beliau masih berbuat demikian menyebabkan anakguam pengadu merampas telefon tersebut.”
Ekoran itu, isteri Musa telah mengambil sebatang kayu dan memukul Musa sehingga jatuh terduduk.
BACA:
Pemimpin Bersatu sahkan Muhyiddin akan ditangkap hari ini
Kerana terlalu lapar wanita ini dibaham kucing sampai mati, ini kisahnya yang buat ramai nak tahu