Saya sangat kecewa – Najib

Saya sangat kecewa – Najib

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyuarakan kekecewaan beliau terhadap keputusan penghakiman berhubung tuduhan membabitkan RM42 juta milik SRC International Berhad dan memaklumkan pasukan pembelaannya akan melakukan rayuan secepat mungkin.

“Saya amat kecewa dengan kehakiman dalam kes SRC International Sdn Bhd kerana pihak kami, yang diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah serta barisan peguam yang lain memberi hujah yang boleh membawa kepada banyak keraguan dalam kes ini.
“Ia tidak diterima, namun demikian rayuan ke Mahkamah Rayuan akan dilakukan secepat mungkin dan saya berharap akan didengari dengan segera.

“Ini kerana saya ingin teruskan usaha untuk membersihkan nama saya dan saya akan teruskan perjuangan ini,” ujarnya pada sidang media selepas perbicaraan berakhir pada lewat petang Selasa di Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Berita penuh : http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kes-src-saya-sangat-kecewa-najib-253130

COMMENTS