“Saya mengaku bersalah, saya menyesal Yang Arif” Peniaga pisang goreng mengaku bersalah bakar motor

Oleh AHMAD BAIHAQI LUTFI

Minggu lalu, tular sebuah video di media sosial yang memaparkan seorang wanita membakar sebuah motosikal dipercayai kerana enggan motor tersebut ditarik.

Dalam video tersebut, wanita berusia 40-an itu dilihat membakar motosikal berkenaan, menyebabkan kekecohan yang memerlukan bantuan bomba

untuk memadamkan api. Kejadian tersebut dikatakan berlaku di Jalan Masjid, Pokok Assam, Taiping, Perak.

Hari ini, Zainatul Rafeda Zainul Abidin, 43, yang juga seorang peniaga pisang goreng, mengaku bersalah

Di Mahkamah Sesyen Taiping atas pertuduhan melakukan khianat dengan api sehingga menyebabkan motosikal terbakar.

"Saya mengaku bersalah, saya menyesal Yang Arif" Peniaga pisang goreng mengaku bersalah bakar motor

Mengikut pertuduhan, ibu kepada empat anak ini didakwa melakukan perbuatan khianat dengan api sehingga menyebabkan kerosakan pada motosikal jenis Honda RSX warna hitam bernilai RM7,000 milik Zainatul Syakira Amira Zaini, 22.

“Saya mengaku bersalah, saya menyesal Yang Arif,” kata Zainatul Rafeda.

Menurut laporan Kosmo!, pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Fahmi Kamaluddin, manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Ng Wei Jun.

BACA”

3 thoughts on ““Saya mengaku bersalah, saya menyesal Yang Arif” Peniaga pisang goreng mengaku bersalah bakar motor”

  1. Hey site owner, I like blogengine.net but why did you chose it?
    I mean its so neat with the random avatars
    and draws people in, but what speficially made
    you want to install it?

    Reply

Leave a Comment