Saya masih PM jika bukan sebab Anwar, dedah Tun Mahathir

Oleh MHDAILY

Saya masih PM jika bukan sebab Anwar, dedah Tun Mahathir. Mahathir tidak mahu melihat Anwar dan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dalam “khemah besar” pembangkang.

Seperti yang dipetik wawancara bersama Utusan Malaysia, Mahathir menyifatkan Anwar dan Muhyiddin sebagai “tidak lurus”.

Ketika ditanya apa pandangan bekas perdana menteri itu terhadap kedua-dua pemimpin itu, Mahathir bagaimanapun hanya mengulas mengenai Anwar.

“Anwar tak dapat sokongan, berapa kali dah dia buat pengumuman, dia nak jadi perdana menteri.

“Tapi tak jadi. Dia tak ada sokongan,” kata ahli parlimen Langkawi itu.

Saya masih PM jika bukan sebab Anwar, dedah Tun Mahathir

Selain itu, Tun Dr Mahathir Mohamad juga mendakwa dia masih lagi perdana menteri jika bukan kerana langkah Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Dr Mahathir menjelaskan selepas dia meletak jawatan perdana menteri pada 24 Feb 2020, Yang di-Pertuan Agong perlu memutuskan ahli parlimen yang mendapat sokong majoriti anggota Dewan Rakyat.

“Kalau tak sabit dia (Anwar), saya hari ini jadi Perdana Menteri. Pasal bila saya letak jawatan, Agong mahu setiap 220 ahli parlimen tulis siapa yang mereka pilih. Saya fikir PH akan letak nama sayalah, pasal saya daripada PH.

“Tetapi Anwar kata dia ada banyak sokongan, tapi dia orang (PH) bagi kepada Anwar 92 undi, saya dapat 62, bukan daripada PH, daripada parti lain orang lain saya tak tahu siapa.

“Kalau saya dapat 62, kalau saya juga dapat 92 daripada PH, saya dapat 154, saya jadi perdana menterilah. Tapi dia bagi saya kalah, dia pun kalah,” katanya.

BACA:

Azrul ‘londeh’ cerita gelap proses pemilihan maharaja lawak mega, “semua dia kawal..”

Hanya tahu masak mi segera, suami nekad ceraikan isteri

Kerajaan lulus akta boleh gugur kandungan jika pasangan izinkan

Leave a Comment