“Saya lihat wajah anak-anak semua comel bersih, Tidak terbakar, Ada calar-calar pun sikit-sikit.” – Ebit Lew

Oleh MHDAILY

“Saya lihat wajah anak-anak semua comel bersih. Tidak terbakar. Ada calar-calar pun sikit-sikit.” – Ebit Lew.

Wajah empat beradik yang maut dalam kebakaran di rumah mereka di Kampung Sabak Awor di sini pada Rabu dalam keadaan bersih tanpa kesan terbakar.

Pendakwah terkenal, Ebit Lew yang mendedahkan perkara itu menerusi perkongsian dalam Facebook miliknya pada malam Khamis berkata, cuma ada sedikit kesan calar pada wajah mereka.

"Saya lihat wajah anak-anak semua comel bersih, Tidak terbakar, Ada calar-calar pun sikit-sikit." - Ebit Lew

“Adik kecil Puteri Aisyah 8 tahun, Mohd Hakim 6 tahun, Mustakim 4 tahun, Fatihah Aisyah 3 tahun. Kecil-kecil semuanya. Melihat wajah bersih cantik semuanya.

“Saya lihat wajah anak-anak semua comel bersih. Tidak terbakar. Ada calar-calar pun sikit-sikit. Empat beradik dijumpai di bilik air. Mungkin lemas asap dan haba panas,” katanya.

Tragedi pada jam 7.49 malam itu mengorbankan Puteri Aisyah Tenko To, 8; Mohd Hakim, 6; Mustakim, 4 dan Fatihah Aisyah, 3.

Jenazah empat beradik itu selamat dikebumikan dalam satu liang lahat jam 8.15 malam Khamis di Tanah Perkuburan Islam Batu 6, Bakri, di sini.

Ebit Lew yang turut hadir semasa pengebumian jenazah empat beradik itu mengakui tidak dapat menahan sebak dan menangis semasa berada di tanah perkuburan itu.

Beliau turut sebak melihat tangisan ibu bapa mangsa sepanjang urusan pengurusan jenazah di sini.

“Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Ya Allah ampunilah sayangilah rahmatilah keluarga ini,” katanya.

Ebit Lew berkata, ibu kepada empat beradik itu berasal dari Kuala Kubu Bharu, Selangor dan mereka adalah dari keluarga susah sehingga tidak mempunyai barangan elektrik dan televisyen.

Katanya, wanita itu memaklumkan seorang anaknya, Aisyah terlalu ingin menemuinya.

“Ibunya keluar lima minit beli barang bergesa balik lihat dah jadi begitu. Ya Allah Tuhanku sedihnya dengar,” katanya.

Ebit Lew pada masa sama merakamkan terima kasih kepada Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) dan petugas Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini yang memudahkan pengurusan jenazah keluarga berkenaan.

BACA:

Gerai ini jual murtabak RM20 sebiji, sekali ini reaksi ‘orang yahudi’ rupanya ada yang lagi mahal dari dia

Ahli arkeologi jumpa ‘The Mummy’ dibalut dengan emas berusia 4300 tahun! Beratnya! Ini nilai emas itu pada hari ini