“Saya rasa tersinggung kerana baru sahaja masuk ke ruangan itu, tiba-tiba dimarahi dengan suara yang kuat, tetapi saya okey
. Saya sudah biasa,” kata Pak Sun, penjual ais teh yang baru-baru ini tular selepas dijadikan bahan jenaka oleh pendakwah terkenal, Gus Miftah.
Dalam kejadian yang dirakam secara spontan dan menjadi tular di media sosial, Pak Sun menerima penghinaan berkaitan perniagaannya
Namun begitu, beliau kini memilih untuk melihat insiden tersebut dari sudut yang lebih positif.
“Dia datang berjumpa saya, dan kami saling memohon maaf.
Saya mahu memaafkan, dan sekarang semuanya baik-baik sahaja,” kata Pak Sun ketika ditemu bual.
Pak Sun mengakui pada mulanya dia berasa kecil hati dengan cara Gus Miftah menyampaikan kritikan.
“Saya baru masuk ke ruangan itu, tiba-tiba dimarahi dengan suara yang kuat,” katanya dengan nada tenang.
Beliau tidak menyangka insiden tersebut akan menjadi tular, tetapi menganggapnya sebagai satu hikmah kerana menerima rezeki yang tidak dijangka daripada ramai pihak.
Sejak peristiwa itu, gerainya semakin mendapat perhatian. Ramai pelanggan datang untuk memberi sokongan dan membeli ais teh yang diakui ramai memang enak.
“Saya bersyukur dan berterima kasih kepada semua yang telah berbuat baik kepada saya,” katanya sambil tersenyum.
Di media sosial, Gus Miftah turut menerima pelbagai reaksi terhadap tindakannya.
Namun, permohonan maaf secara terbuka dan pertemuan peribadi antara kedua-duanya menunjukkan mereka telah memilih untuk berdamai.
BACA: Vivy dan suami tak mengaku pecah amanah dana pelaburan RM8 juta