Hasrat dua beradik, Muhammad Amirul Hazlin, 18, dan adiknya, Nur Afiqah Sofea, 5, untuk melawat
Pusara bapa mereka tidak kesampaian apabila terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya di Krubong, Melaka.
Lebih memilukan, Puan Norizan Ujak yang baru kehilangan suami sekitar 10 bulan lalu kini terpaksa menghadapi dugaan pemergian dua anak kesayangannya.
Menceritakan lebih lanjut mengenai kejadian tersebut, Puan Norizan yang menunggang motosikal berasingan seorang diri hanya mengekori anaknya, Amirul, dari belakang.
Tiba-tiba, motosikal yang ditunggang Amirul telah ‘menghentam’ sebuah tong roro yang berada di lorong kecemasan.
Amirul tidak sempat mengelak kerana tidak menyedari kewujudan tong berkenaan, apatah lagi terdapat lori di lorong kanan.
Tiada pekerja yang mengawasi atau alat peringatan khas diletakkan berdekatan tong roro tersebut. “Dia terbanting, saya menjerit ‘Ya Allah, anak aku’,” ujar Puan Norizan.
Menyaksikan insiden itu di hadapan mata, Puan Norizan hanya mampu menjerit sebelum berlari mendapatkan anak-anaknya yang terpelanting daripada motosikal.
Keadaan mereka sungguh pilu ketika itu, dengan bahagian kaki dan tangan sudah terkulai saat diangkat oleh Puan Norizan. Wanita ini berharap pihak berwajib mengambil tindakan yang sewajarnya agar kejadian sama tidak berulang.
Melalui ruangan komen, ramai netizen menunjukkan simpati terhadap ujian yang dihadapi oleh Puan Norizan. Mereka juga berharap agar ada pihak yang sudi membantu mendapatkan keadilan bagi pemergian dua beradik tersebut.
BACA: Lagi kes lubang benam, kali ini di stadium pula, ‘game’ bola terpaksa ditangguh
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio