Di kempen PRK Mahkota, Mahiaddin menyatakan bahawa beliau dituduh rasuah dan salah guna kuasa, tetapi katanya:
“Mana saya terima. Wallahi, satu sen pun tak masuk poket saya, semua masuk pada parti.”
Bagi beliau, menjadi Perdana Menteri “Tebok Atap” memberikan kelebihan untuk melaksanakan projek Jana We-Bawa
tanpa kelulusan parlimen selepas pengisytiharan darurat, dan berpeluang merundingkan terus berapa peratus yang akan masuk ke akaun parti.
Mahiaddin juga menyebut bahawa rundingan berkaitan MoU tidak memberikan manfaat, tetapi rundingan projek
ini memberikan banyak faedah tanpa perlu tender terbuka. Harga projek boleh ditandakan dengan markup untuk menampung sumbangan ke akaun parti.
Radzi Jidin memuji Mahiaddin dalam AGM Bersatu, menyatakan betapa murninya hati Mahiaddin yang turut mengajarkan untuk tidak menggunakan akaun peribadi.
Oleh kerana itu, walaupun Mahiaddin berusaha keras untuk mendapatkan sambungan kontrak 1BestariNet yang gagal, dia dengan yakin menyatakan ‘tak ambil sesen’. Dia mempunyai ‘kesedaran’ yang tinggi.
Mungkin pemimpin Bersatu dilatih untuk menggunakan kaedah lain seperti akaun menantu atau akaun isteri dan sebagainya. Ilmu ini tidak sempat diajarkan kepada Wan Saiful yang masih mentah dalam politik dan tergopoh-gopoh menggunakan akaun peribadi hingga kini didakwa.
Peranan Pas dalam hal ini adalah untuk mengeluarkan dalil halal. Itu adalah peranan Ulama Pas yang sebelum ini Mahiaddin anggap sebagai ‘Parti Ajaran Sesat’.
Annuar Musa sebelum ini mengakui bahawa Mahiaddin memberikan berpuluh juta di PRN Sabah. Dari mana agaknya datangnya wang mudah begitu?
Inilah rahsia mengapa Mahiaddin kekal sebagai calon ‘PM Tepi’ dan bukan Hj Hadi, walhal Pas mempunyai jentera yang jauh lebih ramai. Ini kerana dana Pas juga bergantung kepada Bersatu.
Sebelum ini, kita dapat melihat kempen mewah yang luar biasa oleh PN-Pas semasa PRU15, sesuatu yang belum pernah terjadi sebelum ini.
BACA: ‘Saya angkat tapi dah terkulai’ Hasrat 2 beradik ziarah kubur arwah bapa tidak kesampaian