Satu kampung kecoh jumpa buaya besar-besar bas di sungai Selangor

Oleh MHDAILY

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor mengesahkan gambar

seekor buaya menyusuri Sungai Selangor di Kampung Kuantan di sini yang tular di media sosial diambil oleh seorang pemancing semalam.

Pengarahnya, Haidar Khan Mokbolhasan berkata, pihaknya menerima laporan kehadiran buaya itu kira-kira jam 9.30 pagi

Satu kampung kecoh jumpa buaya besar-besar bas di sungai Selangor

“Hasil siasatan kami mendapati pengadu yang juga pemancing berusia 41 tahun melihat buaya itu ketika memancing di kawasan berkenaan.

“Pemancing yang berasal dari Puncak Alam kemudian bertindak mengambil gambar reptilia berkenaan,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp kepada Sinar Harian.

Menurut Haidar, kakitangannya telah diarahkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan.

“Malah, tindakan segera diambil untuk keselamatan khususnya pengunjung dan pemancing yang menyusuri sungai itu berikutan ia menjadi tumpuan habitat kelip-kelip,” katanya.

Haidar berkata, orang ramai dinasihatkan sentiasa berhati-hati semasa menjalankan aktiviti rekreasi di sungai dan memaklumkan pada pihak Perhilitan sekiranya terlihat reptilia itu.

“Sebarang aduan, orang ramai boleh salurkan terus ke Hotline Perhilitan di talian 1-800-88-5151,” katanya.

BACA: “Suami cakap pergi main futsal, rupanya dating dengan jiran tudung labuh, sekali aku tanya satu soalan ni, tak sangka ini jawapan aku dapat”