Sarawak bakal bina litar lumba taraf dunia, kedua terbesar di Malaysia

Oleh JUNAIDA MAHUSIN

Sarawak bakal memiliki litar lumba bertaraf dunia apabila kerajaan negeri meluluskan

Projek pembinaan litar di Gedong, Serian, yang mampu menampung sehingga 100,000 penonton.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, menjelaskan bahawa litar ini, yang akan menjadi yang kedua terbesar di Malaysia

selepas Litar Antarabangsa Sepang, akan dibangunkan di kawasan Gedong Ithmus seluas 600 ekar.

Gedong dipilih sebagai lokasi kerana kawasan tersebut sesuai untuk pembangunan berskala besar dan dijangka menjadi hab sukan permotoran antarabangsa.

Sarawak bakal bina litar lumba taraf dunia, kedua terbesar di Malaysia

“Trek sebegini tidak sesuai dibina di kawasan bandar seperti Litar Antarabangsa Sepang, jadi kawasan yang paling dekat dengan bandar adalah Gedong.

Ini akan membolehkan Gedong menjadi pusat sukan permotoran di peringkat antarabangsa,” kata Abang Johari.

Laporan menyatakan bahawa laluan jalan raya baharu sepanjang 19 km akan menghubungkan Serian ke Gedong, sementara satu lagi jalan sepanjang 74 km akan dibina ke Samarahan.

Gedong Ithmus akan dibangunkan sebagai kawasan moden yang melibatkan perumahan mampu milik, kompleks sukan, pusat pentadbiran, sekolah, dan hotel.

Pembinaan litar ini dijangka akan merangsang pertumbuhan ekonomi serta menarik pelancong yang berminat dengan sukan permotoran ke negeri ini.

Presiden Persatuan Permotoran Sarawak, Senator Datuk Ahmad Ibrahim, juga mengesahkan rancangan pembinaan litar tambahan di Sibuti, di bahagian utara Sarawak, yang kini masih dalam perancangan awal.

Gedong Ithmus diilhamkan daripada pembangunan Kuching Ithmus yang menempatkan Borneo Convention Centre Kuching (BCCK).

BACA: Netizen persoal kenapa Fattah Amin pujuk Fazura tak sama macam pujuk Una?