Ada suami yang terlalu selesa apabila segala tanggungjawab diambil oleh isteri bekerjaya
sehingga mereka sanggup melalafazkan cerai taklik.
Kebiasaannya, suami akan melarang isteri untuk bekerja agar dapat beri sepenuh perhatian buat si anak tapi lain pula kejadian wanita ini.
Menerusi TikTok Radio Kool101, segmen Pagi on Point, seorang pendengar, Fatin yang juga ibu tunggal berkongsi kisahnya diceraikan.
Sudah bergelar sembilan bulan sebagai ibu tunggal, Fatin memaklumkan dirinya diceraikan secara
lafaz taklik selepas membuat keputusan untuk berhenti kerja.
“Saya sebenarnya bercerai sebab saya berhenti kerja, saya langgar taklik, saya tak dibenarkan berhenti sebab ada komitmen yang saya sediakan seperti rumah.
“Jadi bekas suami tak bersetujulah untuk saya berhenti, jika saya berhenti dia kena bayar rumah jadi lafaz taklik tersebut.
Mungkin dia terlalu selesa sebab perkahwinan kami selama hampir 10 tahun ini, kata dulu macam susah senang bersama. Lima tahun pertama tu saya boleh terima lagi.
“Saya tak ada masalah cuma bila ada orang ketiga, saya jadi tak boleh terima. Jika dia mampu untuk ada orang lain maka dia mampu untuk tanggung bayar rumah tu,” jelasnya.
Rata-rata netizen tidak menyangka seorang suami yang sepatutnya menjadi ketua keluarga tergamak melafazkan cerai disebabkan isteri mahu berhenti kerja.
Suami dari neraka. YavAllah saya faham perasaan awak. Kita boleh hidup sudah dengan dia tapi senang je dia bagi ruang untuk orang lain. Memang hilang segalanya.
“Awal-awal lagi dah nampak ‘red flag’, boleh pula isteri yang kena sediakan tempat tinggal bukan suami.
“Yang kita ni nak kerja tapi tak diberi kebenaran, siap pasang penghawa dingin sebab nak suruh duduk rumah jaga anak,” antara komen netizen.
Baca juga: Kes pecah amanah RM6.6 bilion, Najib Razak dan Irwan Serigar dilepas tanpa dibebaskan