“Sampai bergegar katil suami Neelofa buat..”

Oleh MHDAILY

“Sampai bergegar katil suami Neelofa buat..”. Pasangan selebriti popular Neelofa dan PU Riz sememangnya kerap menjadi perhatian pengamal media dan netizen. Meskipun mereka jarang muncul di kaca televisyen, pasangan sama cantik sama padan ini masih dekat dengan peminat menerusi posting di laman sosial media. Posting dikongsi PU Riz kerap menerima banyak respon dan turut menghiburkan ramai netizen.

Seperti yang ramai ketahui, Neelofa dan PU Riz mengusahakan perniagaan mereka bersama-sama sejak mendirikan rumah tangga. Banyak video gandingan suami isteri ini bagi mempromosikan produk jualan milik perniagaan mereka.

Kerap kali kita lihat video Neelofa dan PU Riz yang lalu di Instagram dan Tiktok. Siapa sangka, pasangan suami isteri ini lucu orangnya. Video mereka sering menghiburkan ramai netizen yang melihatnya.

"Sampai bergegar katil suami Neelofa buat.."

Walaupun video mereka sekadar iklan produk sahaja, netizen akui suka dengan lawak spontan PU Riz.

Terbaru, menerusi posting video PU Riz di Instagram miliknya jelas menunjukkan beliau sendiri sedang mempromosikan produk minuman teh tarik.

Menariknya apabila gelagat PU Riz sedang tekun mencuba untuk tarik air gagal di awal video. Bukan mudah ya nak buat aksi sebegitu hehe..

Bukan itu sahaja, gelagat PU RIz dalam video itu juga membuatkan netizen terhibur dengan reaksi PU Riz yang ‘teringin’ minum air teh tarik.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen berpendapat PU Riz sememangnya menghiburkan dan seorang penghibur dengan gelagat spontan beliau.

Video dikongsi PU Riz telah mencapai hampir 300,000 tontonan sejak dikongsi beberapa jam lalu.

Suka betul tengok PU riz punya video. Memang marketing to another level keang kata hehe..

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh HARIS ISMAIL (@hrisbismail)

BACA:

Jawab telefon masa PC, Fahmi akui benda tu memang lucu

Enot akui bukan sengaja untuk meminta-minta, tapi terpaksa

Majoriti rakyat di Korea Selatan elak untuk berkahwin, ini sebabnya