Sambal nasi lemak tahan lama, ini rahsia peniaga rupanya

Oleh MHDAILY

Sambal nasi lemak tahan lama, ini rahsia peniaga rupanya. Kali ini kami akan kongsikan resepi sambal nasi lemak yang menjadi sebagai asas kesedapan satu-satu nasi lemak ini.Dengan rasa cukup semua bahan lepas tu letak di luar pun tak basi. Selamba je tahan 4-5 hari ke atas. Ini yang peniaga nasi lemak beritahu kami dan ditulis di sini untuk simpanan kami serta untuk perkongsian anda.

Bahan untuk buat resepi sambal nasi lemak berniaga ni tak memerlukan bahan rahsia atau bahan istimewa, tapi perlu mengikut cara penyediaan yang betul. Bermula dari pemilihan cili kering lagi.

Kalau anda mahukan sambal nasi lemak yang pedas, boleh gunakan cili kering paprika. Ianya betul-betul pedas. Tak sesuai untuk budak kecil. Kalau mahu pertengahan,guna cili kering kerinting. Bagi kami, cili kering besar gemuk adalah paling sesuai. Selain tidak pedas, warna sambal nasi lemak sedap menjadi cantik dan berkilat. Ianya ada dijual di Pasaraya NSK selain kedai lain yang mungkin anda tahu.

Sama ada nak buat makan sendiri atau nak berniaga nasi lemak, resepi sambal nasi lemak ni memang terbaik. Lengkap dan padat dengan tips serta resepi best

Jom baca tips hasilkan resepi sambal nasi lemak istimewa :

Sambal nasi lemak tahan lama, ini rahsia peniaga rupanya

1: Pilih bawang merah besar India untuk lebih rasa manis berbanding daripada bawang besar Holland ( kulit perang ). Kisar dengan sedikit air sahaja. Asingkan bahan kisar bawang dan juga bahan kisar cili kering.

2: Cili kering hendaklah dibersihkan terlebih dahulu dengan cara gunting dan buang biji. Lepas tu didihkan air sampai mendidih,baru masukkan cili kering dan rebus sampai lembut. Toskan lagi air rebusan dan basuh serta tos hingga kering.

Kisar dengan minyak sahaja. Caranya masukkan cili kering sedikit lebih kurang 3 sudu makan setiap kali kisar. Tambahkan minyak masak sekadar untuk gerakkan mesin. Kisar lumat. Keluarkan yang dikisar separuh dan tambahkan lagi cili kering rebus serta sedikit minyak.Jangan guna air ya.

Ini akan cepatkan proses memasak cili kering hingga betul-betul masak di dalam sambal tadi.

3: Nak hasilkan sambal nasi lemak sedap dan cantik, kena masak lama. Kalau untuk 5-10 orang makan, seeloknya biarkan dimasak dengan api kecil antara 1 jam 30 minit – 2 jam. Barulah cantik berkilat sambal nasi lemak.

Kalau untuk hasilkan sambal bagi kuantiti 80-150 orang, masak sambal sekitar 4 jam – 6 jam dengan api kecil. Baru terasa kesedepan sambalnya.

JANGAN KEDEKUT PENGGUNAAN MINYAK UNTUK MENUMIS.

Sama ada nak buat makan sendiri atau nak berniaga nasi lemak, resepi sambal nasi lemak ni memang terbaik. Lengkap dan padat dengan tips serta resepi best

Pastikan kalau berapa pun sukatan bahan kisar, ada lebihan minyak di tepi sambal.Barulah cukup untuk memasak sambal yang power. Jangan risau, bila dah masak sambal nanti, boleh dikeluarkan minyaknya dan disimpan untuk diguna semula.

4: Jangan gunakan gula putih tapi gunakan gula melaka kerek.Bukan gula melaka yang besar tu tapi dalam bentuk kerek. Kalau di Kelantan/Terengganu, ianya dipanggil sebagai ” nise”.

Ini selain hasilkan sambal nasi lemak paling sedap, ianya juga membantu jadikan warna sambal merah berkilat.Geram tengok.

5: Yang ni terpulang. Sebagai identiti peniaga nasi lemak itu sendiri, ada yang suka masukkan daun pandan,serai atau halia dalam sambal. Jadi anda boleh ikut jika kena dengan selera anda.

Kami berikan cara untuk hasilkan sambal nasi lemak recipe asas yang power. Ingat, sambal nasi lemak yang sedap adalah yang seimbang rasa pedas cili kering, rasa manis gula melaka kerek,rasa manis bawang merah dan juga sedikit masam masinnya.

Bahan Resepi Sambal Nasi Lemak
Kuantiti 5 – 8 orang :

  • 3 biji bawang merah besar India
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 genggam ikan bilis
  • 18-20 tangkai cili kering gemuk
  • 2/3 kerek gula melaka
  • 1/2 sudu makan asam jawa+ 2 sudu makan air.
  • Minyak masak
  • Sedikit garam/perencah
  • Sedikit air jika perlu

Ini bahan asas sambal. Nak masukkan bahan rahsia anda, silakan.

Cara Buat Resepi Sambal Nasi Lemak Sedap :
#1: Kisar bawang merah dengan bawang putih, ketepikan.Seminima mungking air. Kemudian kisar ikan bili yang dah dibersihkan.Ketepikan. Sambung dengan kisar cili kering yang dah direbus dengan cara seperti di atas.Ketepikan.

#2: Panaskan kuali dan tuang minyak secukupnya. Memang banyak sedikit dari biasa kita guna. Tumis campuran bawang kisar dengan api sederhana hingga pecah minyak dan betul-betul masak.Barulah akan terbit rasa manis.

Tambahkan kisaran ikan bilis dan sama juga biarkan lama terbit minyak sebelum dimasukkan kisaran cili kering.Masak je sampai dua tiga kali pecah minyak dengan api kecil dalam anggaran 40 minit pertama, barulah masukkan gula melaka,pes asam jawa dan biarkan ianya direneh lagi.

Penggunaan air yang minima akan jadikan sambal nasi lemak tak mendidih dan abis ke dapur atau dinding serta cepatkan proses.

#3: Kalau lepas 1 jam anda tengok pekat, tambahkan sedikit air dan teruskan mereneh hingga 1 jam setengah sambal ikan bilis ni. Baru masukkan garam dan serbuk perencah serta sesuaikan rasa ikut selera. Kalau anda nak letak daun pandan pun boleh waktu ni ea kalau suka aroma pandan.

Pintal atau simpul lepas tu letak la. Jangan dimasukkan awal nanti aroma pandan akan dominasi bau aroma sambal nasi lemak. Hilang seri sambal.Tak sedap.

Keluarkan minyak lebihan masak sambal ni dan simpan. Nak buat goreng mihun ke, goreng telur ke atau guna semula untuk masak sambal ikan bilis ni pun boleh. Lagi sedap sebab dah ada aroma tersendiri.

Ini antara cara resepi sambal nasi lemak berniaga antara yang paling lenhgkap kami berikan untuk anda. Jadi ikut lah jika anda mahu yang terbaik. Jangan sesekali gunakan cili boh yang siap dijual . Tak sedap.

Kalau dulu, untuk mantapkan lagi aroma sambal, diorang suka masak dengan kayu api. Lagi lah harum bau kayu hutan bercampur dengan sambal ni.

Bila dimasak sambalnya seperti ini, Insyaallah tak letak di dalam peti pun boleh tahan 4-5 hari apatah lagi kalau letak dalam peti.

Kenapa sambal nasi lemak boleh tahan lama ?

Sebab kita memasak menggunakan minyak dan singkirkan air semaksima mungkin dan semua bahan dimasak hingga betul-betul masak dan mematikan hampir segala kuman. Sebab itu ianya tahan.

Diganding pula dengan bau aroma nasi lemak, telur rebus, ayam berempah, memang terbaik. Lepas tu diakhiri dengan balutan dalam daun pisang. Aduh kecur air liur kami yang tengah menulisnya. Harap bermanfaat untuk anda bagi yang ingin rasai atau berniaga nasi lemak demi tambahkan pendapatan keluarga.

Selamat mencuba

BACA:

Ini senarai pendek nama calon Peguam Negara

Proton Saga lama ini makin melambung harga, automatik kaya siapa yang ada

Tragedi tanah runtuh Genting Highland: 69 orang tertimbus