“Sama-sama buat dosa..”, Zarina Anjoulie dedah ada ‘sedap’ dengan ex tunang? Makin menjadi-jadi pula isu antara pelakon Zarina Anjoulie dengan bekas tunangnya,
Datuk Seri Khazrul Elzey. Ini berikutan selepas masing-masing masih tidak berhenti berkongsi hal mereka di media sosial yang dilihat selalu menjawab persoalan dari netizen ketika lakukan sesi live.
Anju juga dilihat semakin berang selepas DS Khazrul tidak henti bercakap tentang hal tersebut serta mendedahkan lebih banyak aib-aib yang lain.
zarina anjoulie
Terbaru, DS Elzey mengeluarkan dakwaan tentang cara Anju melayan anak tunggalnya, Mateen serta tentang perselisahan faham ahli keluarga. Bekas tunangnya itu turut mendedahkan masalah pelakon tersebut yang pernah dihalau keluar dari rumah beberapa kali.
Terkilan dengan dakwaan yang dikeluarkan oleh bekas tunang yang seakan-akan menggambarkan dirinya cuba mengikis harta benda, Anju juga berkongsi bukti gambar kunci rumah milik DS Khazrul yang sempat dimilikinya.
Bukan itu saja, Anju turut sempat berkongsikan DM seseorang kepadanya yang mendakwa pernah bersama DS Khazrul dan meluahkan rasa kurang senang selepas mengetahui Anju bercinta dengan DS Khazrul tetapi Anju tidak mahu berfikir buruk ketika itu.
Dalam pada masa yang sama, selebriti berusia 35 tahun itu merasakan dirinya seperti dijadikan sebagai bahan konten buat DS Khazrul serta dia turut memberi penjelasan lanjut mengenai isu pemberiaan hadiah pagar itu.
BACA: