Salesman kereta terkejut didatangi pelanggan berhajat beli kereta bayar guna duit syiling

Oleh AHMAD BAIHAQI LUTFI

Boleh dikatakan setiap orang yang telah memasuki usia dewasa pastinya berhasrat untuk memiliki kenderaan sendiri

Demi membantu memenuhi keperluan hidup seharian dan untuk meningkatkan keselesaan.

Biasanya, pembelian kereta dilakukan melalui pinjaman atau pembayaran secara tunai bagi mereka yang mampu.

Salesman kereta terkejut didatangi pelanggan berhajat beli kereta bayar guna duit syiling

Namun, di China baru-baru ini, satu kisah menarik muncul mengenai seorang lelaki yang ingin membeli kereta untuk anaknya dengan nilai sebanyak 51,000 yuan (kira-kira RM33,000).

Bukanlah perkara asing untuk membayar secara tunai, tetapi kakitangan di premis jualan kereta itu kelihatan terkejut apabila pelanggan tersebut mahu membayar menggunakan duit syiling yang disimpan dalam 10 beg.

Walau bagaimanapun, wang tetap wang, sama ada syiling atau kertas. Selepas memikirkannya sebentar, penjual kereta tersebut meminta bantuan lebih daripada 20 pekerja lain untuk membantu mengira duit syiling yang terkumpul dalam 10 beg tersebut.

Akhirnya, mereka berjaya mengira kesemua duit syiling itu walaupun ia mengambil masa lebih daripada 3 jam. Pelanggan tersebut, yang bekerja dalam industri tepung, sangat gembira kerana dapat membeli kereta tersebut untuk anaknya.

Kakitangan premis tersebut mengakui bahawa ini adalah kali pertama mereka berurusan dengan pembayaran sedemikian. Biasanya, pembelian kereta secara tunai melibatkan jumlah wang yang besar dan bukan duit syiling.

Kisah pembeli ini menjadi viral di media sosial, dan kebanyakan netizen terkejut tetapi pada masa yang sama memberikan pujian kepada premis tersebut kerana menerima cara pembayaran yang unik ini. Ada juga yang mencadangkan agar premis tersebut menggunakan kaunter khas untuk duit syiling.

Seorang netizen mencadangkan jika berlaku situasi serupa di masa hadapan, pelanggan boleh membawa duit syiling ke bank yang dilengkapi dengan mesin pengira duit untuk kemudahan yang lebih baik.

BACA: “Saya dah penat berjuang, saya gugur 4 kali, operation cyst 5 kali, sekarang kanser serviks stage 3, awak pula nak tinggalkan saya”