Saksi dedah punca dia hantar gambar payudara kepada Ebit Lew buat ramai terkejut

Oleh ANITA ABD RAHMAN

Pengadu dalam kes Ebit Lew memberitahu mahkamah bahawa dia tidak curang kepada suaminya

sebaliknya gambar payudara yang diberikan kepada pendakwah terkenal itu dilakukannya secara tidak rela.

Pengadu yang merupakan saksi kesembilan kes Ebit Lew memberitahu mahkamah mengenai perkara itu

Dalam sesi pemeriksaan balas oleh peguam, Datuk Ram Singh pada perbicaraan di Mahkamah Tenom, di sini pada Isnin.

Dalam pemeriksaan balas tersebut, pengadu bagaimanapun bersetuju soalan Ram bahawa dengan menghantar gambar payudara kepada individu tidak dikenali dan tidak pernah ditemuinya adalah suatu kesalahan kepada suaminya.

Saksi dedah punca dia hantar gambar payudara kepada Ebit Lew buat ramai terkejut

Malah pengadu bersetuju bahawa dia bersalah dengan dirinya kerana menunjukkan sesuatu yang peribadi kepada orang yang tidak diketahui.

Sehubungan itu, Ram meneruskan soalan pemeriksaan balasnya adakah maksudnya dengan menghantar gambar tersebut pengadu telah curang kepada suaminya.

“Tidak, sebab saya bukan rela, ” katanya.

Pengadu dalam pada itu diminta menjelaskan apa komen suami pengadu selepas pengadu memberitahu bahawa dia telah menghantar gambar payudara kepada Ebit Lew.

“Saya beritahu suami saya bagi gambar itu, Ebit Lew terlalu meminta. Saya tidak sedar saya terikut arahan dia. Bila sedar dan marah Ebit Lew, saya bagitahu suami.

“Suami memang marah, masa itu dia tunjuk marah kepada Ebit Lew tapi tidak tahu tunjuk cara bagaimana mahu jumpa Ebit Lew. Masa itu dia betul-betul marah,” katanya.

Ram dalam pada itu turut bertanya apa nasihat daripada suami pengadu selepas suaminya dimaklumkan mengenai perkara itu.

“Dia (suami) suruh saya berhenti layan WhatsApp,” katanya.

Bagaimanapun, Ram kemudian bertanya lagi bahawa pengadu sebaliknya tidak berhenti untuk terus berkomunikasi dengan Ebit Lew.

“Ya, sebab saya sekat di telefon, Ebit Lew hubungi saya di Instagram saya. Dia mesej di Instagram juga jadi saya nyahsekat dan saya marah minta jangan buat lagi.

“Mahu jadi kawan boleh, kawan yang saya ada suami dan anak tetapi dia tidak peduli semua itu dan tetap dengan teks lucah,” katanya.

Pengadu juga diminta menjelaskan tindakannya itu yang menyekat dan menyahsekat nombor telefon Ebit Lew, namun tidak berhenti berkomuikasi dengan pendakwah tersebut adakah itu menunjukkan pengadu suka kepadanya.

“Saya tidak suka dia,” katanya dalam sesi tersebut.

Mahkamah sebelum itu ditangguhkan dan disambung pada jam 2.30 petang Isnin.

Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim, 38, berhadapan dengan 11 pertuduhan membuat hantaran gambar dan perkataan lucah bermaksud mengaibkan kehormatan mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac hingga Jun 2021 mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Perbicaraan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, Zahida Zakaria dan Analia Kamaruddin.

Ebit Lew diwakili oleh Ram, Kamarudin Mohmad Chinki, Mohd Syarulnizam Salleh Keruak dan Prem Elmer Ganasan manakala Majistret ialah Nur Asyraf Zolhani.

BACA:“Tudung labuh dia hanya lakonan,tak sangka aku dijadikan pak sanggup, rupanya dia..”