Sakit mata tengok solekan tebal Aaisyah Dhia, Che Ta pula bagi alasan ini. Tindakan pelakon Rozita Che Wan membenarkan puteri tunggalnya, Aaisyah Dhia Rana bersolek pada usia masih kecil menimbulkan rasa kurang senang dalam segelintir netizen.
Anak saya suka melaram
Enggan membiarkan pelbagai tohmahan dan kecaman dilemparkan terhadap diri dan keluarga, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta tampil menyuarakan kemarahan di Instagram (IG).
Tegas Che Ta, Aaisyah memang suka bersolek dan melaram kerana itu adalah hobinya.
Tolong dengar! Awak tak nak siapkan anak awak itu masalah awak! Anak saya memang suka bersiap! Tak akanlah dia nak melaram kami nak larang? Contoh anak awak suka melukis, tak akan awak nak marah dia melukis?
Anak saya memang suka pakai alat solek dan suka melaram. Nanti kalau marah, dia melalak, merajuk. Dah satu kerja saya nak pujuk tak pasal-pasal!
Mana tak tumpah kuah kalau tak ke spagetti?
Tambah pelakon berusia 49 tahun ini, kesukaan dan minat anak perempuannya itu diwarisi daripada dirinya yang sejak dari dahulu suka berhias cantik.
Dalam pada itu, pemilik nama Rozita Abu Bakar turut menasihati orang ramai agar tidak menjaga tepi kain orang lain.
Kalau tak meletup nanti awak kata kita tak pandai jaga anak. Bila letup sangat pula, awak kata tak kasihankah zaman budak-budak itulah inilah.
Macam awak dulu masa kecil-kecil suka mandi sungai. Mak Pak larang pun awak pergi terjun sungai juga bukan? Gitulah anak kami.
Jagalah anak awak sendiri, sibuk jaga anak orang. Anak sendiri kelaparan. Hampa nak Aaisyah ni duduk dalam guakah?
Terdahulu, Che Ta dan aktor Zain Saidin mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia lapan tahun.
Che Ta juga mempunyai dua orang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu iaitu Ammar Affendy, 26, dan Aniq Ezzra, 24.
BACA:
Lembu korban tiba-tiba mengamuk, kelam kabut satu kampung