Sajat : Bertelekung zaman PH, berbikini zaman PN

Sajat : Bertelekung zaman PH, berbikini zaman PN

Kontroversi berkaitan Sajat tidak pernah pudar nampaknya dalam negara. Cuma yang menariknya pada zaman kerajaan berbeza, kontroversinya turut berbeza. Bahkan lebih menarik respon penyokong politik juga berbeza.

Jika di zaman kerajaan Pakatan Harapan (PH), Sajat tampil menunaikan umrah dengan bertelekung sehingga mencetus kemarahan penyokong parti Islam. Hingga berlaku desakan agar menteri agama pada waktu itu Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa agar bertanggungjawab dan menjadi sasaran dipersalahkan.

Tindakan drastik Mujahid pada waktu itu mengecam dan berbincang dengan pihak SKMM agar satu kawalan dapat dibuat terhadap kandungan media sosial Sajat ini. Namun tindakan tersebut tidaklah menutup mulut penyokong parti agama dari terus menyalahkan Dr Mujahid.

Di zaman kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang terdiri dari parti agama di dalamnya sekarang, Sajat tampil berbikini separuh bogel di media sosial.

Video yang dimuatnaik di laman sosial itu memeranjatkan semua pihak. Namun yang lebih memeranjatkan apabila penyokong parti agama yang suatu ketika dahulu lantang menyalahkan Menteri Agama kini diam seribu bahasa.

Video yang memaparkan Sajat berpakaian bikini itu dengan menari ghairah tular semalam setelah dimuatnaik oleh Sajat. Sehingga sekarang tiada desakan dari penyokong aga terhadap menteri agama atau timbalan menteri yang satu parti dengan mereka untuk diambil tindakan terhadap Sajat ini.

COMMENTS