Sadis !!! Brader ini kongsikan kos yang terpaksa ditanggung untuk kembali bertugas di Bintulu

Sadis !!! Brader ini kongsikan kos yang terpaksa ditanggung untuk kembali bertugas di Bintulu

Sekadar perkongsian.. Pengalaman itu mendewasakan kita.. kos untuk pulang bertugas ke Bintulu Sarawak

Rm240 Swab Test ( Rt-pcr ) sebab Syarat Wajib buat 3 hari sebelom penerbangan ke Bintulu.

Setibanya di Bintulu Airport akan diberitahu pusat kuarantin mana beserta kos hotel dan Rm150 Untuk Swab Test hari pertama di Bintulu ( Hari ke 10 untuk swab test ke 2 rm150 lagi ) .

Jika tuan2 tak dapat bayar kos hotel, staf KKM akan bagitahu esok amek tiket flight balik ke Kuala Lumpur semula ( macam tu la saya di layan walaupun dia tahu saya penjawat awam bila dah tengok surat Jabatan, dia boleh sound macam tu je depan orang ramai ).

Tapi respect seorang sahabat orang sarawak yang baru kenal dia airport, dia sudi bantu untuk duduk sekali di hotel dia..cuma saya perlu bayar kos makan harian selama 14 hari tu.. tapi Staf KKm x terima.. dia cakap kalau tinggal sekali dengan sahabat ni, saya tetap akan bayar penuh… so no point duk sekali kalau macam tu.

Setelah selesai semua, group kuarantin di hotel yang sama di lepaskan dari airport untuk naik bas ke Hotel. di sini jadi persoalan, di mana SOP penjarakkan sosial. Semua bersesak2 dan bertolakkan ( sebab ramai student dari semenanjung ) nak naik bas. mana staf2 KKM tadi.. mana Abam2 Jpa tadi? mana? ingat pemandu bas nak bagi arahan ke student2 tadi dan yang lain??

PERSOALAN, ape efektifnya jika sebelom terbang buat swab test, sampai airport buat swab test lagi… besar kemungkinan jika ada jangkitan di airport, kami dalam group bas ni akan berjangkit sekali dan besar kemungkinan positif untuk result swab test ke 2 nanti ( hari ke 10 )

Setibanya di hotel ( x payah cakap la macam mana diaorg ni bersesak turun dari bas.. hmmm ) semasa di kaunter reception anda diminta bayar rm150 x 14hari…Ya Allah.. terkejut.. mana saya ada duit banyak tu.. saya bukan pekerja Offshore. gaji kecik bos… anak 3…anak bini jauh… nak kena tanggung makan.. saya berkeras tak boleh bayar, bro kaunter tu mintak rm1000.. xda bos.. saya xda duit simpanan banyak tu.. maklum la, balik kampung kan.. duit spend untuk family.. last2 saya bayar rm300 pendahuluan.. rm1800 baki bila dah habis kuarantin nanti…

Hmmm macam tu la cerita dia.. sedih bos…. mana kelebihan sebagai penjawat awam di negeri orang… biar la orang nak kata apa, saya tahu anda yang berkata tu tidak lalui apa yg saya lalui dan orang yang senasib dengan saya… – FB