Catatan pada isu pernikahan kami.Alhamdulllah pernikahan kami telah selesai..
kami bersyukur kerana semua keluarga , sahabat dan orang ramai rakyat Malaysia dari semua bangsa dan golongan menerima penyatuan kami dengan baik
Ucapan tahniah dan doa agar berkekalan datang dari semua dan dimana mana.
Kami sangat menghargainya
Namun ada juga satu kelompok yang sangat kecil nisbahnya memberi pandangan yg sangat negative.
Satu dua video yg melintas dimediasosial. Saya secara peribadi sedar apa akan berlaku pada sesetengah pehak bila kami buat keputusan untuk bernikah di Perlis dan memohon untuk diakadkan oleh Yg Berbahgia Datuk Mufti sendiri. Saya ada sebab tersendiri memilih Perlis.
Akan tetapi saya tidak menyangka isu lain, isu yang saya tak terbayang pun oleh akal fikir saya. Seorang ustaz dgn jelas dan terang mengata( menuduh) pernikahan kami tidak sah. Dan terus membuat kesimpulan kami akan berzina. Berat tuduhan itu..
juga dalam video yg sama dikatanya qabul yg mengelirukan.. siapa yang keliru? Dalam majlis tu hanya perlu dua saksi walau hampir 25 orang yg hadir. Saksi dua orang tak keliru dan 25 hadirin juga tak keliru..
Orang diluar/ jauh dan tidak bersama dalam majlis tidak ada isu dalam penyaksian majlis itu.. dia dengar atau tidak, faham atau tidak bukan isu pengesahan. Soal pandangan mazhab dah jelas ada khilaf dan setujunya..
saya tak fikir ada orang tak faham bila qabul jawab saya setuju.. tak mungkin ada orang akan fikir setuju pada hal lain selain dari setuju hal nikah.. tak mungkin ada yg fikir dia setuju pasal kereta, pasal rumah..
jelas wali sebut , aku nikah.. bila qabul sebut setuju.. tentu saja menyambut pada kata nikah itu.. yang kata dia keliru itu ada lah orang yg sangat lemah pemikirannya atau yang sengaja melemahkan fikirannya.. pada yg sengaja melemahkan fikiran dia adalah selemah lemah manusia.
Lagi satu , pernikahan kami didalam negeri dalam negara kita yang hal ehwal agama dibawah kuasa kerajaan negeri. Sama juga dgn negeri lain. Dan tentunya tidak melanggari apa apa akta berkaitan urusan pernikahan itu.
saya tahu bahawa ustaz ini selama ini banyak tidak sependapat dan sealiran dengan Dr Maza jurunikah kami. Dan ada bau permusuhan antara mereka.
Dalam video tersebut saya dapat rasakan permusuhan itu apabila ustaz ini mengheret beberapa isu lain yang tiada kena mengena dgn isu kami. Ini menunjukkan beliau cuba mengukuhkan pandangan beliau terhadap jurunikah kami.
Janganlah kami dijadikan mangsa kebencian tuan kepada seteru tuan.
Hari ini saya baca banyak lagi pandangan ulamak lain akan isu ini. Ternyata berbeza dgn pandangan ustaz ini. Jangan letak hukum atas dasar rasa kebencian semata mata. Agamawan tidak harus bersikap begitu. Tidak terselit keikhlasannya
. Jujurlah.. antara tidak sah dengan tidak sempurna dua perkara berbeza
. Sedangkan yg kita rasa tak sempurna itu sempurna pula pada yang lain.. khilaf dan salah dua perkara berbeza. Kalau sama kenapa ada dua sebutan.
Saya tidaklah orang agamawan yang mendalami akan hukum hakam tetapi tidaklah terlalu jahil sehingga tidak tahu apa apa. Saya juga tahu memilih.
Memilih bermakna tidak borong semua dari satu bakul.
Sampai sini dulu…