Rupanya Siti Aafiyah ada kembar lelaki yang tak pernah didedah? Ini ceritanya.Usia kandungan keduanya kini sudah mencecah empat bulan dan mengumumkan bakal menimang bayi lelaki dijangka pada April depan,
pastinya ia rezeki terindah buat penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Lebih menarik, baru-baru ini Siti memberitahu bahawa bayi keduanya itu sebenarnya merupakan kembar kepada anak sulungnya,
Siti Aafiyah, namun embrio tersebut disimpan terlebih dahulu.
Menerusi temu bual bersama stesen radio, Siti berkata embrio tersebut terjadi pada hari yang sama namun doktor tidak menggalakkan untuk masukkan dua embrio sekaligus dan memilih untuk masukkan Aafiyah terlebih dahulu.
“Sebenarnya saya lalui rawatan kesuburan, In Vitro Fertilisation (IVF)… bila kita buat peringkat-peringkat bayi, embrio dan sebenarnya bayi lelaki ini adalah kembar kepada Aafiyah.
“Dia terjadi pada waktu dan hari yang sama… tapi doktor masa tu tak galakkan masuk dua embrio. Jadi, masuk Aafiyah dulu. Tiga tahun kemudian baru masukkan yang ini,” katanya.
Siti mendirikan rumah tangga bersama Datuk Khalid Muhammad Jiwa pada 21 Ogos 2006 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Siti Aafiyah, kini berusia dua tahun.
BACa:
“Doakan Shu kuat”, ini punca Hafiz Roshdi tumbuk bekas isterinya