Rupanya ramai tak minta izin suami bila isteri nak puasa ganti atau puasa sunat, ini sebabnya dedah Ustaz
Wanita ingin puasa ganti atau sunat kena minta izin suami, ini sebabnya
KEWAJIPAN seorang isteri adalah untuk memenuhi hak suami. Tidak kiralah dalam apa jua urusan isteri.
Jadi, sekiranya isteri ingin mengganti puasa dalam tempoh yang panjang dan suami berada di rumah, mereka perlu meminta izin suami terlebih dahulu.
Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Hammam bin Munabbih R.A, sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Tidak dibenarkan berpuasa bagi seorang wanita (isteri) dan suaminya ada disisinya melainkan dengan keizinannya.” – Riwayat Muslim (1026)
Imam al-Nawawi juga ada menyebut di dalam hadis yang bermaksud; “Larangan ini bermaksud ke atas puasa sunat (yang memiliki waktu tertentu seperti puasa hari arafah) dan puasa yang disunatkan yang tidak memiliki waktu tertentu, dan larangan ini merupakan larangan yang menunjukkan pengharamannya sebagaimana yang dijelaskan oleh ashab al-Syafi’eyyah.”
Selain itu, seperti yang dijelaskan oleh Imam Ibnu Hajar al-Haithami di dalam kitabnya, “Dan diharamkan ke atas seorang isteri untuk berpuasa sunat atau puasa qadha’ sekiranya tempoh menggantikannya masih berpanjangan dan suaminya datang kepadanya melainkan dengan keizinan suaminya atau dia mengetahui suami meredhainya berpuasa.”
Menurut Imam al-Syirwani pula, sekiranya seorang isteri berpuasa tanpa meminta keizinan suami, puasanya tetap sah tetapi perbuatan itu haram dan berdosa.
Walau bagaimanapun, jika suami tiada di tempat tinggal maka diharuskan untuk berpuasa.
Jadi, seorang isteri wajib meminta izin suami apabila hendak melakukan puasa ganti atau sunat sekiranya suami berada di rumah.
BACA:
Dengan hanya makan nasi lauk bawang, lelaki bangladesh ini berjaya kumpul duit RM800,000!