Rupanya Mak Minah mangsa rusuhan 13 mei? Ini cerita sebenarnya.R
amai yang percaya bahawa pelakon Minah Hashim yang terkenal dengan watak Mak Minah (filem Masam2 Manis) mati dib.un.uh dalam peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969. Peringatan, artikel ini bukan artikel politik, tetapi untuk menjernihkan suasana.
Mak Minah atau nama sebenarnya Aminah binti Hashim dilahirkan di Muar, Johor pada tahun 1927.
Dia mula bergiat aktif di pentas bangsawan pada usia 11 tahun. Salah satu grup bangsawan yang disertainya ialah Bangsawan Aman Belon.
Mak Minah mengikat kontrak dengan Studio Merdeka, Kuala Lumpur pada tahun 1963. Tahun itu saja Mak Minah telah berlakon sebanyak 4 buah filem di mana filem pertamanya berjudul Tangkap Basah, diikuti dengan Fajar Menyinsing, Ibu Ayam dan Anak Manja.
Selepas itu, Mak Minah terus berlakon dalam filem Tun Mandan, Hujan Darah, Jauh Di-Mata, Sitora Harimau Jadian, Dajal Suchi, Masam-Masam Manis, Damaq, Bumiputera, Gadis Langkawi, Do Re Mi, Keluarga 69, Anak Bapak, Ahmad Albab, Kanchan Tirana, Enam Jahanam, Keranda Jingga, Kembang Layu, Gelora dan yang terakhir Putus Sudah Kaseh Sayang.
Mak Minah dikatakan telah mati dib.unu.h ketika keluar daripada panggung Federal di Jalan Raja Laut, KL. Perutnya terburai akibat dirodok dengan parang (satu lagi versi cerita kena rodok dengan pedang samurai).
Yang menghairankan saya, Mak Minah pernah muncul dalam filem Gelora (1970) dan Putus Sudah Kaseh Sayang (1971). Kedua-dua filem yang diarahkan oleh P. Ramlee ni ditayangkan selepas peristiwa 13 Mei 1969. Macam mana tu?
Pada tahun 2017, saya dan beberapa orang rakan pernah interview Arman Yadi, hero filem Gelora. Saya tanya Pak Arman, filem Gelora tu shooting tahun bila? Pak Arman jawab shooting dalam pertengahan tahun 1970 dan ditayangkan pada bulan November tahun yang sama.
Kata Pak Arman lagi, filem Putus Sudah Kaseh Sayang pula diselenggarakan oleh P. Ramlee pada awal tahun 1971 dan ditayangkan pada bulan Julai 1971.
Lepas saya cari punya cari punya cari dari mana datangnya kisah Mak Minah mati dib.unu.h ni, saya terjumpa satu catatan dalam blog seorang ahli politik yang pernah tulis pasal kisah ni pada 4 Jun 2013.
Anda boleh baca di sini: http://zul4kulim.blogspot.com/2013/06/tanda-putera.html
Kisah Mak Minah mati dib.unu.h ni bolehlah dikatakan sebagai The Mandela Effect. Apa benda pulak Mandela Effect ni? Ini maksudnya:
Ini pula penafian daripada individu yang mengaku ada pertalian darah dengan Mak Minah.
Mungkin dalam peristiwa 13 Mei tu ada orang lain yang bernama Mak Minah yang mati dib.unu.h. Tapi bukan Mak Minah pelakon ni. Mungkin. Lepas ni kalau ada orang up kisah pelakon Mak Minah mati dib.unu.h lagi anda tak payah percaya. Mengarut je semua ni.
By the way, lokasi Mak Minah Lodging tu masih ada ya. Ia terletak di No 40, Jalan Brunei Selatan, Kuala Lumpur.
BACA:
Pencuri leka tengok wayang dengan kekasih ditahan Polis, sekali ini respon teman wanitanya