Pada awal pagi, seringkali kita dapat melihat lori sampah melintasi kawasan perumahan semasa kita bersiap untuk memulakan hari.
Kebanyakan perkhidmatan pengutipan sampah bermula seawal 5.00 pagi, dengan lori-lori sampah melalui jalan-jalan dan lorong-lorong taman untuk mengutip sampah domestik.
Biasanya, kita dapat melihat bagaimana sampah dimasukkan ke dalam lori sampah, sama ada secara automatik atau manual.
Jika secara automatik, tong sampah yang besar akan diangkat ke bahagian belakang lori dan seluruh isinya akan dimuatkan ke dalam bahagian pengangkutan.
Bagi penduduk yang tinggal di kawasan perumahan dengan tempat pembuangan sampah di depan rumah, pekerja kebersihan akan memasukkan beg sampah plastik secara manual ke bahagian belakang lori.
Namun, adakah anda pernah terfikir bagaimana lori sampah mengosongkan muatan di tempat pelupusan sampah?
Adakah prosesnya sama seperti lori pembinaan yang mengangkat ruangan belakang dan menuangkan muatan ke bawah?
Atau adakah sampah dikeluarkan secara manual, seperti memunggah barang daripada lori muatan barang?
Seorang pengguna TikTok, Mohd Redzuan (@mohd_redzuan88), yang bekerja dalam bidang ini, berkongsi jawapan kepada pertanyaan ini.
Redzuan menerangkan bahagian-bahagian utama yang terlibat dalam proses mengosongkan muatan sampah dari lori.
Antara bahagian depan dan muatan lori, terdapat sistem hidraulik yang mengawal pergerakan bahagian belakang lori.
Sistem ini menggunakan beberapa suis hidraulik untuk mengawal pergerakan bahagian muatan.
Menurut Redzuan, suis pertama digunakan untuk menaikkan tail gate, bahagian belakang muatan, untuk memastikan sampah tidak terkeluar.
Seterusnya, suis kedua digunakan untuk mengerakkan ruangan mekanikal pada tail gate, memastikan tiada sampah tersangkut.
Pekerja kemudian akan mengelak daripada berada di bawah kawasan tail gate bagi mengelakkan air sampah.
Apabila air sampah berhenti menitik, suis hidraulik ketiga digunakan untuk menolak semua sampah keluar dari muatan.
Selepas sampah dikeluarkan, pemandu akan memandu lori sedikit ke depan untuk membersihkan saki baki sampah pada muatan.
Apabila muatan sudah bersih, tail gate diturunkan dan lori dibawa ke depoh untuk dibersihkan.
Dengan itu, kita dapat memahami bahawa lori sampah dibersihkan setiap hari selepas tugasan selesai dan bersedia untuk digunakan pada hari berikutnya.
BACA: Hanya tak mampu belikan iPhone, anak tergamak malukan bapa dikhalayak ramai