Rupanya Jepun pernah ada hubungan mesra dengan kerajaan Uthmaniyyah, ini cerita yang buat anda nak tahu

Oleh MHDAILY

Rupanya Jepun pernah ada hubungan mesra dengan kerajaan Uthmaniyyah, ini cerita yang buat anda nak tahu. Bagi orang Jepun, Maharaja Meiji sangat berjasa kerana berjaya jadikan memodenkan negara.

Bagi sesetengah pihak pulak Maharaja Meiji adalah punca kepada kegilaan Jepun menakluk negara lain.

Tapi ramai tak tahu Maharaja Meiji adalah individu pertama yang membawa Islam ke Jepun.

Rupanya Jepun pernah ada hubungan mesra dengan kerajaan Uthmaniyyah, ini cerita yang buat anda nak tahu

Apa yang baginda buat?

Ketika barat begitu taksub nak jajah negara-negara timur, hanya dua kerajaan sahaja yang masih merdeka iaitu Jepun dan Uthmaniyyah.

Melihat kepada persamaan itu, kedua-dua mula menjalinkan ikatan mesra sehingga gemar bertukar-tukar hadiah.

Tapi bagi Maharaja Meiji ada benda yang masih kurang dalam hubungan mesra tersebut.Jadi Maharaja Meiji mengutuskan surat kepada Sultan Abdul Hamid II agar dikurniakan pendakwah ke Jepun untuk menyebarkan agama Islam. Katanya Maharaja Meiji mahu Islam menjadi ikatan moral dengan amalan masyarakat Jepun.

Berita baik untuk korang! Buku-buku kami sekarang kami nak bagi diskaun untuk habiskan stok. Ini peluang korang beli di Shopee: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Sultan Abdul Hamid pun bersetuju menghantar delegasi ke Jepun yang diketuai oleh Laksamana Uthman Pasha. Sampai sahaja di Jepun, delegasi tersebut telah disambut dengan meriah oleh Maharaja Meiji.

Selesai sahaja misi di Jepun, delegasi tersebut meminta diri untuk kembali ke Istanbul. Namun Jepun menghalang kerana keadaan laut bergelora dan taufan.

Amaran itu tidak dihirau dan mereka terus sahaja belayar. Malangnya hampir kesemua anak kapal mati kerana dipukul ombak. Mereka yang terselamat berjaya kembali ke Istanbul dengan bantuan kapal Jepun.

Tragedi telah membuatkan hasrat Uthmaniyyah untuk menyebarkan Islam di Jepun terbantut. Bertahun-tahun selepas itu barulah Islam tersebar kembali di Jepun apabila pedagang India Muslim mula buka penempatan di Tokyo dan Yokohama.

BACA:

Lepas fitnah masjid jadi tokong, Ustaz Pas minta maaf

“Aku dinaikkan pangkat, sibuk dengan outstation, sekali bini aku mengaku dia ada buat ‘something’ dengan boss masa OT”