Rupanya ini punca sikap suka kafir-mengkafir yang jadi tabiat ramai orang tanpa sedar

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Bila baca dan dengar dalil Haji Hadi, anda akan dapati hujahnya berasaskan dalil yang bersifat Zonni (spekulatif).

Maksudnya bukan Hadith atau Ayat Al-Quran yang Qat’iy (Pasti) sebut: “Undi PAS wajib dan Hanya PAS Parti Islam di Dunia”.

Sebab itu Haji Hadi sentiasa gunakan sirah atau nas atau kaedah umum ikut pemahamnya untuk keluar hukum

Rupanya ini punca sikap suka kafir-mengkafir yang jadi tabiat ramai orang tanpa sedar

“Wajib Undi PAS dan puaknya. Yang lain Haram”. Baginya ini proses Ijtihad.

Tidak seperti Hukum wajibnya solat, hukum berkaitan politik ini sangat luas dan berubah-ubah. Nas umum. Lain Ulama’, lain fahamannya.

Dulu pertahan ‘Perlembagaan Lord Reid’ jatuh kafir, kini PAS pertahan Perlembagaan yang sama. Maksudnya hukum dibuat adalah spekulatif, bukan mutlak.

Saya tak nafikan keilmuan Hj Hadi. Isunya ialah kerap berlaku kegelinciran di kalangan ilmuan sebab itu wujud status Ulamak Su’ dalam Islam.

Abdulrahman bin Muljam, pembunuh Saidina Ali bukan orang yang tiada ilmu. Dia penulis wahyu Rasulullah SAW dan guru Al-Quran zaman khalifah tatapi menjadi Khawarij membunuh Sahabat kesayangan Nabi sebab Ghuluw dan Takfiri.

Masalah timbul bila PAS anggap ijtihad dan puaknya sahaja paling Islam dan yang lain sesat, kafir, liberal dan musuh Islam. Inilah pemikiran Khawarij.

Bila Mufti P. Pinang kata ‘Tak berdosa tolak parti Islam rekaan manusia’, itu ijtihad berasaskan ilmu dan kelayakkannya. PAS tak perlu mencemuhnya kerana Islam bukan hak milik mutlak Ustaz PAS.

Imam Shafie boleh berlapang dada dengan pandangan Imam yang lain, inikan pula ‘Ulama’ PAS’ yang entah betul ke tidak capai tahap Ulama’.

Ahmad Mursi
#68

https://www.facebook.com/ahmursi/posts/pfbid02dW2koFGsnnJjySUALiLJo7AhHHMo5ygpZFEaLhdFVbL1dG3xYPHLGThoUZgTQ1dvl

BACA: Disebalik Putrajaya dipilih sebagai lokasi sambutan kemerdekaan, ramai tak tahu misteri terowong rahsia Putrajaya